berita

Latest Posts

Fasha Sandha Kecewa Kehamilan Dipersoalkan

May 18th, 2012 | by M | 61 comments
Isu & Kontroversi

Berita gembira kehamilan Fasha Sandha yang sepatutnya disambut dalam suasana gembira telah dicemarkan dengan pertikaian daripada beberapa pihak yang seakan ‘cari pasal’.

Disebabkan itu, Fasha Sandha melalui kenyataannya kepada Utusan Malaysia melahirkan rasa kekecewaannya kerana tindakan pihak berkenaan yang cuba menabur pelbagai fitnah yang tak masuk akal.

Fasha Sandha berkata pernikahan adalah satu perkara yang serius dan dia telah berbelanja besar untuk mengadakan majlis pernikahan tersebut dengan dihadiri oleh keluarga serta pihak media.

“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan. Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu.”

Pada masa yang sama, Fasha Sandha turut melahirkan rasa pelik apabila berita pengumuman suaminya, Jejai yang dilantik sebagai pemandu untuk pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia dikritik oleh pengikut di laman Twitter, semalam.

“Pelik benar today. Lepas je I tweet few pics Lamborghini launch dengan hubby I, ada manusia tu tweet i bukan-bukan, mengata I macam-macam. I tak faham kenapa? This is very unhealthy. Kalau rasa sakit hati tengok pics kat twitter page I, jangan la follow I. This is my twitterland, I taknak layan lagi unhealty tweets in the future. Thanks :)”

Video : Nyanyian Remy Ishak Untuk Filem “29 Februari” Dilancarkan

May 17th, 2012 | by M | 12 comments
Video Popular

Sebelum ini, Tiz Zaqyah telah diberi kepercayaan untuk menyumbangkan suara bersama penyanyi Yassin demi menjayakan filem Nur Kasih. Kali ini kekasihnya, Remy Ishak menerima peluang yang sama apabila suara beliau dirakamkan untuk lagu berjudul “Kelip-Kelip”, sebuah soundtrack kepada filem lakonan Remy sendiri, “29 Februari“.

Filem 29 Februari ini berkisarkan kehidupan Budi lakonan Remy Ishak yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap “kecacatan” itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.

Video selepas ini.

“Iron Man” Dibayar 50 Juta Dollar Untuk Filem The Avengers

May 17th, 2012 | by Ai | 13 comments
Filem Antarabangsa

Fuhhh, kesat airmata kemudian termenung, pandang lantai lepas itu berfikir, bila pula kami akan dapat 50 Juta Dollar seperti yang Iron Man dapat?

OHBULAN! rasa ada antara anda yang masih tak tahu bahawa filem “The Avengers” telah mengutip keuntungan sehingga 1 Billion Dollar selepas habis tayangan di seluruh dunia. Untuk pengetahuan, kutipan itu adalah kutipan tertinggi dalam mana-mana sejarah kutipan filem di dunia mahupun filem berformat “3gp” yang pernah anda dengar.

Jika sebuah filem dari Hollywood mendapat keuntungan sebegitu tinggi tidaklah menghairankan OHBULAN! sangat. Tapi jika seorang pelakon dari filem tersebut iaitu Robert Downey Jr, pelakon yang membawa watak Iron Man dibayar 50 Juta Dollar (RM156 Juta), itu ‘jahat’ sangat, tahu.

Menurut Huffington Post, pelakon-pelakon untuk watak lain seperti Chris Hemsworth, Chris Evans, Jeremy Renner dan Mark Ruffalo masing-masing akan dibayar 2-3 Juta Dollar seorang dan ini jauh berbeza dari bayaran yang Robert Downey Jr. terima. Dikatakan sebelum Robert Downey bersetuju untuk membintangi “The Avengers”, pelakon ini telah berbincang dengan pihak Marvel supaya dia mempunyai bahagiannya yang tersendiri jika dia diminta untuk membawa watak Iron Man dalam mana-mana filem Marvel di masa hadapan.

Nampaknya, Robert Downey Jr. memang sebijak watak yang dibawanya sebagai Iron Man.

Eksklusif : Fasha Sandha & Jejai Bersama Pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia

May 17th, 2012 | by M | 29 comments
Lensa Insta

Aktres popular, Fasha Sandha & Jejai telah muncul di majlis pengumuman pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia sempena siri perlumbaan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang pertama kali diadakan di Litar Sepang bermula 25-27 Mei 2012, hari ini.

Turut hadir bersama di majlis ini ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim yang memakai baju Polo Tee berwarna biru.

Menurut krew Paultan.org, musim perlumbaan 2012 ini bakal menyaksikan pasukan daripada Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Jepun dan China berentap bagi merebutkan trofi kejuaraan perlumbaan berkenaan. Siri perlumbaan ini mendapat kerjasama daripada Blancpain, Swiss Watchmaker dan penaja siri Eropah.

Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai telah diberikan tanggungjawab untuk memandu jentera laju mewakili pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia.

Cerita selanjutnya di Lamborghini Super Trofeo Asia Series starts in Sepang.

Foto : Super Junior Promosi ‘Opera’ Dalam Kostum Gothic, Kacak & Misteri

May 17th, 2012 | by M | 14 comments
Lensa Insta

Kacak dan misteri. 9 anggota Super Junior atau lebih dikenali sebagai SuJu yang terdiri daripada Leeteuk, Yesung, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook, dan Kyuhyun telah mengenakan persalinan kostum ala opera gothic sejajar dengan tema konsert Super Show 2012 yang akan diadakan pada 12-13 Mei di negara Jepun.

Selain itu, tema gothic ini dikenakan sebagai langkah promosi untuk single terbaru mereka berjudul ‘Opera’ yang dilancarkan sekitar 3 minggu lepas. Video klip selepas ini.

Anda yang mengilai Super Junior, foto kacak mereka selepas ini.

Thomas Sabo Glam & Soul

May 17th, 2012 | by Ai | 4 comments
Chic & Stail

Thomas Sabo baru-baru ini telah menghasilkan satu keluaran terbaru bergelar Glam & Soul. Untuk himpunan musim ini Thomas Sabo menampilkan variasi rekaan yang lebih glamor dan juga sedikit element muzik diterapkan dalam rekaannya. Sebanyak 44 rekaan loket,lima gelang, rantai dan cincin direka dalam rangkaian Special Edition dengan kunci rekaan gewang.

Bentuk unik seperti tengkorak, Fauna dan gading pula dihimpunkan bersama dalam rangkaian Rebel At Heart. Aksesori rona perak simbahan rona terang dirangkaian Seasonal, manakala rangkaian Classic diadaptasi dari gaya glamor era 20-an,40-an dan era yang leih moden.

Antara rekaan gelang tangan Thomas Sabo edisi Glam & Soul

Rekaan Rantai leher Glam & Soul

Top Posts This Week


Shout Out!