berita

Latest Posts

Foto Wajah Aishwarya Rai, Dulu & Sekarang

May 17th, 2012 | by Ai | 38 comments
Kini Trending

OHBULAN! sendiri terkejut dengan foto terbaru milik selebriti popular dari India ini. Kalau dulu, dia sememangnya seorang yang sangat cantik sehinggakan namanya sudah begitu sinonim dengan cerita harian kami di OHBULAN! HQ.

Kini, OHBULAN! rasa, Aishwarya Rai sudah boleh dimasukkan didalam senarai selebriti ‘gagal’ kerana gambar terbaru Aishwarya sangatlah menyedihkan berbanding dengan apa yang kita pernah lihat sebelum ini.

Model dan juga aktress ini pernah dimahkotakan Ratu Dunia pada tahun 1994 dan telah berkahwin bersama Abhishek Bachchan, anak kepada Amitabh Bachchan dan mereka berdua telah dikurniakan anak pertama pada bulan November 2011.

Dalam kenyataan Aishwarya Rai kepada media, dia menegaskan bahawa dia mahu menikmati perasaan menjadi ibu tanpa perlu memikirkan masalah berat badan. Namun begitu, media lain telah menulis bahawa Aishwarya telah menghampakan para peminatnya kerana tidak menjaga berat badannya. Ya, kami pun hampa.

Sumber : Dailymail

Video Parodi “Cinta 247” Oleh KyoPropaganda, Memang Lawak

May 17th, 2012 | by Ai | 7 comments
Video Popular

Anda tahu kumpulan Max 24:7? Atau mungkin anda tahu KyoPropaganda? Kalau anda tahu kedua-duanya, maka anda seorang yang sukakan video lawak. Tapi kalau anda langsung tak tahu kumpulan Max 24:7, anda lagi lawak dari seluruh pelawak yang ada di Malaysia ini, eh?

KyoPropaganda kali ini telah kembali dengan video parodi dari muzik video asal “Cinta 247” oleh kumpulan Max 24:7. Video yang berdurasi 6.04 minit ini memang menghiburkan hati apatah lagi jika anda sebelum ini pernah menonton muzik video asal “Cinta 247”.

Untuk sekadar hiburan, mari kita tonton video ini dan lupakan sekejap isu cerai artis yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Jom.

OHBULAN! : Mana pergi Max 24:7 sekarang ya?

Hijabster : Apakah Pilihan Warna Tudung Anda?

May 17th, 2012 | by Ai | 3 comments
Hijabster

Memilih tudung pun ada peraturannya tersendiri. Selain dari jenis fabrik,warna juga turut menjadi pilihan yang sangat penting. Terdapat beberapa padanan warna tudung yang boleh disesuaikan dengan warna kulit wanita asia. Antaranya ialah:

  • Bagi yang berkulit cerah warna-warna tudung seperti ungu dan hijau boleh dijadikan pilihan. Wajah anda akan kelihatan lebih segar dengan padanan warna-warna sebegini. Elakkan memakai warna yang gelap seperti coklat muda kerana ia hanya akan membuat wajah anda nampak kusam.
  • Bagi yang berkulit sawo matang pula pilihan warna seperti merah hati,kuning dan oren mampu membuatkan kulit anda nampak lebih cerah. Sebaliknya elakkan memakai warna gelap kerana ia hanya akan membuatkan penampilan anda nampak tenggelam.
  • Untuk wanita yang memiliki kulit yang gelap, sebaik mungkin elakkan memakai warna-warna gelap seperti coklat tua dan hitam. Untuk nampak lebih segar dan terserlah cubalah padankan warna-warna terang dan gelap sekali.
  • Untuk wanita yang berkulit kuning langsat pula cuba gayakan tudung daripada warna-warna tropika seperti biru,merah jambu,oren dan kuning. Tetapi elakkan memakai warna hijau kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam.

“Bukan Kerana Orang Ketiga Atau Tiada Anak” – Ady Putra Failkan Penceraian

May 17th, 2012 | by M | 37 comments
Kini Trending

“Bukan kerana orang ketiga atau tiada anak, sebaliknya sebab penceraian ini berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar saya ceritakan kerana enggan mengaibkan orang lain,” jelas Ady Putra yang sudah pun menfailkan penceraian mereka kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Adi Putra yang baru sahaja pulang menunaikan umrah pada 8 Mei baru-baru ini tidak menjangka bahawa penceraian akan berlaku juga setelah 7 tahun mempertahankan perkahwinan ini bersama bekas isteri, Aida Yusof.

“Ikutkan saya memang tak mahu berkongsi cerita ini lagi. Tapi saya sedar lambat laun ia pasti akan diperkatakan. Saya juga tak mampu membohongi diri apabila diajukan soalan apakah doa yang dipohon sepanjang di Makkah. Malah hingga saat ini, saya dapat tahu sudah ada pihak yang sudah mula menghidu,” ujar Ady Putra melalui kenyataan yang dipetik daripada Berita Harian.

Walau bagaimanapun, pelakon KL Gangster ini menegaskan bahawa keputusan untuk berpisah ini dibuat secara baik setelah jalan penyelesaiannya menemui jalan buntu.

Aidil Zafuan Nafi Ada Hubungan Sulit

May 17th, 2012 | by M | 20 comments
Isu & Kontroversi

Foto saat mereka bahagia

Kemelut rumahtangga Aidil Zafuan – Rita Rudaini dipanaskan lagi dengan dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain selepas meninggalkan kediaman mereka yang bertempat di Damansara sejak Januari yang lalu. Bagaimanapun, Aidil Zafuan menafikan tuduhan berlaku curang serta menegaskan bahawa dia lebih banyak fokuskan perhatian kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu. Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Aidil Zafuan mengakui bahawa dia masih mencintai isterinya walaupun hati berasa tawar dengan pelbagai kenyataan yang dilemparkan kepadanya. Aidil turut berharap agar Rita Rudaini menjadi isteri yang baik serta mendengar kata.

Sumber berita : Mstar (Tuntutan Suami Macam ‘Budak-Budak’ Buat Rita Geli Hati)

Rita Rudaini Geli Hati Dengan Tuntutan Suami

May 17th, 2012 | by M | 90 comments
Kini Trending

Tuntutan Aidil Zafuan supaya Rita Rudaini kembali taat disifatkan amat kelakar oleh pelakon tersebut kerana dia tidak pernah melanggar perintah suami atau membelakanginya sepanjang tempoh perkahwinan berlangsung.

“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian.”

Prosiding mahkamah yang berlangsung semalam di Petaling Jaya berakhir dengan keputusan Aidil Zafuan untuk membatalkan tuntutan penceraian terhadap Rita Rudaini kerana melihat kesungguhan pelakon itu untuk mempertahankan rumahtangga. Aidil Zafuan turut menuntut supaya Rita Rudaini dan anak-anak berpindah ke rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1 atas alasan sesuai dengan pendapatannya.

Bagaimana pun, Rita Rudaini melalui kenyataannya kepada wartawan Mstar mempersoalkan tuntutan Aidil Zafuan kerana kediaman yang beliau duduki sejak 4 tahun yang lepas mempunyai banyak kenangan bersama.

“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?” soal Rita.

Sumber berita : Mstar (Tuntutan Suami Macam ‘Budak-Budak’ Buat Rita Geli Hati)

Top Posts This Week


Shout Out!