berita

Latest Posts

Foto Menarik Memori Bahagia Beego & Linda Hashim

November 19th, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Diam-diam, tiba-tiba keluar berita mengenai pertunangan di antara Beego dan juga pelakon cantik, Linda Hashim. Secara taklangsung menutup semua gosip liar mengenai Beego yang dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan artis-artis lain.

Namun bukan itu yang mahu OHBULAN! ceritakan. Mungkin kerana teruja dengan kisah pertunangan kedua selebriti ini, kami telah memuat-naik beberapa keping gambar yang diambil menerusi akaun Instagram Linda Hashim yang dipenuhi dengan gambar-gambar Beego.

Tidak pasti samada mereka pergi bercuti ke luar negara bersama, tapi dapat dilihat Linda dan Beego mengambil gambar namun hanya diambil secara berasingan.

Tak perlulah difikirkan kemana mereka pergi bercuti kan? Tahniah atas pertunangan kedua pasangan bahagia ini dan mari lihat beberapa lagi keping foto mereka berdua.

Baru 16 Hari Bernikah, Diana Danielle Disahkan Hamil!

November 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wow! baru 16 hari melangsungkan pernikahan nampaknya rezeki Diana Danielle dan Farid Kamil bertambah murah apabila Diana disahkan telah mengandung.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Diana sendiri menerusi laman Twitter miliknya. Aktres jelita ini turut memuat naik sekeping foto dengan caption berbunyi “The most precious birthday present, thanks Allah SWT”

Pasangan ini telah selamat bernikah pada 3 November lalu di Hotel Flamingo, Ampang.

Spyshot : Adakah Ini Baju Kahwin Leuniey?

November 19th, 2012 | by M
Kini Trending

Kami mengintai intagram pereka baju terkenal, Ezuwan Ismail yang sudi berkongsikan sekeping foto Leuniey Natasha, bakal isteri kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex. Apa yang menarik, pereka terkenal ini seperti memberikan hint melalui caption berbunyi, “Fitting baju @leunieynatasha Tak sabar nk tunggu siap!”. Adakah ini baju yang bakal disarungkan oleh gadis jelita ini pada hari perkahwinannya nanti?

Dan, ini adalah foto terbaru Apex & Leuniey dalam persalinan sut dan gaun warna gangsa yang dikongsikan oleh melalui intagram. Gorgeous sangat!

Linda Hashim & Beego Sah Bertunang, Bakal Nikah 2013

November 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menerusi laporan mStar Online hari ini, pelakon cantik Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 28, telah mengesahkan berita mengenai pertunangannya dengan Beego pada 3 November lalu.

“Benar saya dan Beego sudah bertunang pada awal bulan lalu (3 November) di rumah keluarga saya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

“Tapi saya minta maaf tidak dapat bercerita lebih lanjut kerana keluarga tidak mahu saya kecoh-kecoh buat masa ini,” ujar Linda mengenai isu pertunangannya.

Merujuk laporan yang berlainan, Linda turut dikatakan telah menerima sebentuk cincin, kek dan buah-buahan sebagai hantaran pertunangan.

Aktres ini juga bakal menerima wang hantaran sebanyak RM25,000 pada majlis perkahwinan yang didakwa akan berlangsung pada Mac 2013.

Anda rasa Linda Hashim dan Beego sepadan ke?

“Ini Bukan Soal Menang Atau Kalah” – Jaclyn Victor, Pemenang Vokal Terbaik AIM19

November 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sebagai seorang bekas juara rancangan realiti tv, Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor sememangnya seorang penyanyi yang mempunyai vokal menarik dan sentiasa memukau para pendengar serta peminat dengan lagu-lagunya.

Terbaru, di majlis Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) yang berlangsung  pada 17 November lepas di Stadium Melawati, Shah Alam, Jaclyn telah berjaya merangkul anugerah ‘Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita)‘ dengan lagunya yang berjudul, “Counting Days” ciptaan Aubrey Suwito. Kemenangan ini telah menjulang nama Jaclyn ke kelas yang tersendiri apabila dia berjaya menewaskan pesaing-pesaing hebat seperti Shila Amzah – “Patah Seribu”, Nora – “Doa”, dan juga Datin Seri Dato Siti Nurhaliza – “I Cry Out”.

Ketika ditemubual oleh OHBULAN!, Jaclyn Victor kelihatan sangat teruja serta memanjatkan rasa bersyukurnya terhadap pengiktirafan yang diberikan.

“Lagu ini telah pun dilancarkan, tapi masih jarang diputarkan di radio dan saya harap selepas ini ia akan bermain di corong-corong radio. Secara jujur, saya sangat bersyukur,” ujar penyanyi yang bakal menginjak umur 34 tahun pada bulan Disember ini.

Jaclyn turut memberitahu, jika ada yang tidak berpuas hati dengan kemenangannya, dia yakin dengan pilihan dan keputusan para juri.

“Mungkin ada yang tak puas hati, walaupun lagu ini (Counting Days) tidak popular, tetapi ia dipilih berdasarkan kualiti, bukannya populariti,” jelasnya Jaclyn merujuk pada lagu yang dicipta oleh Aubrey Suwito itu.

Walaupun terpilih sebagai pemenang dan mengalahkan pesaing-pesaing hebat seperti Siti Nurhaliza dan juga Nora, Jaclyn tetap dengan merendah diri dan tidak menabik dada dengan kejayaan yang dikecapi.

“Ini bukan soal menang atau kalah. Saya tak suka kalau kata saya kalahkan mereka. Saya juga tak setuju nak kata saya lagi bagus dari Siti Nurhaliza.

“Saya rasa semua yang tercalon sudah buat yang terbaik,” tambah Jaclyn.

Dalam pada itu, ditanya bilakah dirinya akan berkahwin, Jaclyn hanya berserah pada takdir dan sempat bergurau bahawa dirinya tidak ada ‘tarikh luput’.

“Saya tak ada tarikh luput dan perkahwinan bukanlah atas dasar kepercayaan tetapi masing-masing perlu sentiasa bersama.”

Bagi yang tidak tahu, Jaclyn Victor kini sedang menjalani hubungan cinta jarak jauh. Dia mula mengenali tunangnya pada tahun 2003 sebelum pertama kali keluar bersama pada tahun 2004. Mereka berdua kemudian telah bertunang pada tahun 2006 dan sehingga kini masing-masing masih tidak berkesempatan untuk mendirikan rumah tangga kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Untuk para peminat setia Jaclyn, penyanyi ini dijangkakan akan melancarkan album terbarunya pada penghujung tahun 2012.

OHBULAN! ucapkan tahniah atas kejayaan yang dikecapi dan berharap agar Jaclyn terus berjaya dan sentiasa menghiburkan para peminat diluar sana.

kredit foto : GUA

Nicholas Saputra Teringin Bekerja Dengan Allahyarham Yasmin Ahmad

November 19th, 2012 | by Ai
Hollywood

Seorang pelakon yang sangat eksklusif dan jarang mendedahkan diri pada media, Nicholas Saputra, 28, sememangnya menimbulkan pelbagai persoalan lagi-lagi selepas filem “Ada Apa Dengan Cinta” yang dibintanginya bersama Dian Sastrowodoryo ditayangkan di Malaysia.

Selepas meletupnya filem arahan Rudy Saedjarwo di kalangan peminat di Malaysia, tiada lagi filem yang dilakonkan oleh Nicholas ditayangkan di televisyen tempatan. Ketika ditemui di majlis ulang tahun ke-5 Tune dan portal Gua, Nicholas tampil memberi penjelasan dan dia turut memberitahu perasaannya yang terkilan kerana tidak dapat bekerjasama dengan pengarah dari Malaysia.

“Saya tidak begitu biasa dengan perkembangan industri lakonan di sini, saya ada mendengar nama-nama pengarah hebat seperti  Allahyarham Yasmin Ahmad. Karyanya memang hebat dan sentiasa mempunyai perspektif berbeza. Namun saya tidak berkesempatan untuk bekerja dengannya,” ujar pelakon kacak ini.

Nicholas yang kini jarang muncul dikaca televisyen turut memberitahu bahawa dia masih lagi berlakon dalam filem-filem di Indonesia

“Saya masih lagi berada didalam industri. Cuma mungkin filem saya tak dimainkan di Malaysia,” tambah Nicholas lagi.

Ditanya jika diberi pleluang untuk berlakon bersama produksi dari Malaysia, Nicholas hanya memberitahu bahawa setakat ini dia tidak pernah mendapat apa-apa tawaran dari Malaysia.

Jadi, apa kata anda? Adakah Nicholas yang popular dengan watak Rangga didalam filem “Ada Apa Dengan Cinta” masih lagi relevan dan sesuai muncul dikaca televisyen tempatan?

Dalam pada itu,. Nicholas kini sedang sibuk dengan filem berjudul “Postcard From The Zoo” dan bakal menjalani penggambaran filem “What They Don’t Talk About When They Talk About Love“.

Top Posts This Week


Shout Out!