berita

Latest Posts

Abby Abadi & Memey Suhaiza Cuti Bersama

October 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Nampaknya keakraban antara pelakon penuh kontroversi Abby Abadi dan Memey Suhaiza kini dikatakan semakin menjadi-jadi. Terbaru menerusi laporan Murai.com, Memey mengaku dirinya telah pergi bercuti bersama Abby Abadi dan anak-anak ke Genting Hinglands pada hujung minggu lalu.

Menurut Memey, hubungannya dengan Abby Abadi kini menjadi semakin rapat dan mereka kerap berhubung antara satu sama lain. Selain itu, mereka juga difahamkan sering berjumpa dan menghabiskan masa bersam anak-anak.

Memey turut melahirkan rasa bersyukur atas apa yang berlaku dan tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.

“Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini.”

Berikut merupakan beberapa foto percutian Abby Abadi ke Genting Hinglands pada hujung minggu lalu :

Video : Angah Raja Lawak Miming ‘Kalau Berpacaran’, Kelakar Habis!

October 3rd, 2012 | by M
Video Popular

Penangan Cikgu Shida, ratu miming Malaysia kini menerpa Angah Raja Lawak apabila dia muncul bersahaja dengan penampilan 3 watak untuk lagu dendangan Sohaimi Meor Hassan, Ana Rafalli & Altimet.

Video berdurasi 3:06 minit ini juga mendapat respon yang positif di mana kebanyakan penonton menyifatkan Angah mirip dengan gadis Afrika dan pandai bermain dengan mimik muka.

Difahamkan, video viral ini dirakam sebagai langkah promosi untuk telemovie komedi lakonan Angah, sebagai Sohibul, yang cuba menambah pendapatan keluarganya dengan menjadi seorang penulis skrip dengan bantuan jiran sebelah rumahnya, Mansor (Aqasha). Akibat terlalu mengikut sangat tip – tip yang diberikan oleh Mansor, Sohibul akhirnya tertangkap. dalam satu kejadian rompakan di rumah Datuk Sabri (Sabri Yunus) .

Video selepas ini.

5 Fakta Ringkas Selebriti Antarabangsa Hari Ini #8

October 3rd, 2012 | by Ai
Hollywood

Bantuan amal. Liam Neeson, 60, tampil di “The Ellen DeGeneres Show” baru-baru ini dengan jubah mandian berwarna merah jambu untuk memberi bantuan amal kanser payudara. – Aceshowbiz

Debat hebat 2 selebriti popular. American Idol membawakan Nicki Minaj dan Mariah Carey sebagai panel hakim dan mereka berdebat hangat semasa ujibakat dijalankan di Charlotte, North Carolina.- MTV

Bersatu kembali mungkin. Baru-baru ini, Rihanna dan Chris Brown dilihat menari bersama termasuk bercium antara satu sama lain di Griffin- Pop Blend

Tarian menunggang kuda. Gaya tarian gangnam daripada Korea Selatan itu telah memikat hati seluruh dunia apabila tarian dan lagunya itu mendapat kedudukan tertinggi dalam carta muzik- Cbc

James Bond datang lagi. Jom saksikan video klip lagu tema James Bond 007 yang dinyanyikan oleh Adele iaitu “Skyfall” – Youtube

Minat Watak Antagonis & Takut Lupa Diri – Reen Rahim

October 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bagi yang tidak kenal siapa Reen Rahim, bekas juara rancangan realiti ‘Pilih Kasih 3’ ini kini sedang mencipta nama sedikit demi sedikit. Baru berusia 24 tahun, Reen kini dilihat mempunyai kualiti sebagai pelakon yang bakal duduk sebaris dengan nama-nama besar lain.

Baru-baru ini, OHBULAN! berkesempatan menemubual Reen yang sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem terbarunya berjudul ‘Balun’ arahan Bob Singah. Filem ini meletakkan Reen sebagai watak antagonis dan Reen turut terlibat dalam aksi tembak-menembak serta aksi gaduh.

“Inilah pengalaman pertama Reen kena ‘balun, habis lebam-lebam satu badan,” ujar Reen memulakan perbualan.

Ditanya adakah dia tidak takut jika dilabel oleh peminat kerana sering membawa watak antagonis, pantas Reen menjawab, “Takut itu ada juga, tapi memang Reen suka bawa watak antagonis. Mungkin sebab dari kecil, Reen membesar dengan drama-drama sebegitu,” katanya yang merujuk pada sinetron Indonesia.

Namun begitu, Reen Rahim turut berterima kasih pada pihak media kerana banyak membantu dirinya untuk mencapai tahap dimana dia berada sekarang.

“Saya amat berterima kasih pada media kerana membantu saya dan bagi saya, prinsip untuk kekal didalam industri adalah dengan percaya dengan rezeki dan berdisiplin.

“Reen paling takut lupa diri,” tambahnya lagi.

Reen selepas ini bakal muncul dalam drama ‘KL Drift The Series’ di TV2.

Kredit Gambar : Maestro Ridwan

“Kita Semua Manusia Biasa” – Amanda Imani Jawab Isu Tatu

October 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar tabloid tempatan telah mengeluarkan laporan dan mempersoalkan mengenai isu Tatu yang terdapat di bahagian kaki kiri Amanda Imani sewaktu penyanyi tersebut menghadiri majlis pembukaan butik H&M minggu lalu.

Berikutan isu tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Amanda dan mendapatkan kepastian daripada penyanyi itu sendiri.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu “Selami Cinta”, tatu tersebut hanyalah sekadar pelekat. Amanda merasakan perkara tersebut tidak salah dan menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak rasional untuk diperbesarkan.

“Saya tak nampak sebarang kesalahan untuk tampal pelekat tatu tersebut dan tak faham kenapa perlu ada pihak memandang serius terhadap perkara macam itu.”

“Sekarang ni tatu tersebut dah pun tanggal. Tak tahulah mana rasionalnya untuk orang pandang perkara tersebut sebagai satu kesalahan besar,” ulas Amanda sambil tergelak kecil.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Amanda akui sejak kecil lagi dia memang suka tampal pelekat-pelekat sebegitu dibahagian tubuhnya. Jadi, apabila temannya menghadiahkan pelekat tersebut, penyanyi ini tidak teragak-agak untuk memakai dan menjadikannya sebagai aksesori tambahan.

Amanda turut akui perkara seperti ini sememangnya sering hadir di dalam industri seni hiburan dan dia tidak mengambil hati dalam soal tersebut. Malah Amanda bersyukur kerana masih ada media yang perihatin dan memberi peluang untuk dirinya bersuara.

“Perkara macam ini memang selalu hadir dalam industri hiburan dan ia tidak dapat dielakkan. Apa pun saya bersyukur kerana ada juga pihak yang memerhatikan saya dan memberi peluang untuk saya bersuara sebelum mengambil keputusan muktamad sendiri.”

“Insyallah semuanya baik-baik sahaja dan perkara ini hanyalah salah anggap. Amanda tak ambil hati. Kita semua manusia biasa,” ulas Amanda sebelum mengakhiri perbualan.

Merujuk perkembangan terbaru, Amanda bakal menjalankan penggambaran video klip lagu terbarunya berjudul “Fobia Cinta” di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada Khamis ini. Lagu tersebut merupakan 100% hasil seni Amanda sendiri.

Pandangan Iqram Dinzly & Tasha Shilla Mengenai Bajet 2013

October 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tersenyum lebar dengan tema “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati”, kerajaan dilihat mengambil berat terhadap permasalahan rakyat dan beberapa selebriti turut sama memberikan ulasan istimewa mengenai Bajet 2013 dengan jawapan yang analitikal.

Antara pembentangan Bajet 2013 ialah peruntukan rebat tunai yang diberikan sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G dimana ianya juga memberi kemudahan kepada golongan muda untuk mengakses maklumat. Malah bagi mereka yang berumur 21-30 tahun, sebanyak RM250 bantuan diberikan jika gaji mereka kurang daripada RM2000.

Jika dahulu, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menerima RM200 bantuan baucar buku, kini RM50 ditambahkan menjadi RM250. Paling istimewa, bekas graduan turut menikmati diskaun sebanyak 20 peratus jika melangsaikan hutang PTPTN secara sekaligus pada tahun hadapan manakala diskaun sebanyak 10 peratus kepada si peminjam yang membuat bayaran balik secara konsisten.

Menerusi temubual bersama selebriti kacak Iqram Dinzly, 31, beliau menyuarakan pendapat untuk jangka masa panjang ke arah wawasan 2020 dimana beliau berpendapat kemudahan Wifi dan gajet elektronik mampu memajukan anak bangsa di Malaysia.

“Alhamdulilah rezeki bagi orang muda. Bagi pendapat saya, daripada kerajaan memberi peruntukan rebet tunai RM200 untuk telefon bimbit 3G, lebih afdal kiranya kerajaan beri kemudahan Wifi secara percuma di setiap tempat seperti di Negara Korea. Seperti juga baucar buku RM250, lebih molek jika kerajaan menggantikannya dengan gajet media eletronik seperti Ipad dimana ianya memudahkan para pelajar dalam proses pembelajaran tanpa perlu menggunakan buku teks.”

Tambah Iqram lagi, “Walaubagaimanapun, saya tetap menyokong keprihatinan kerajaan terhadap rakyat-rakyatnya.”

Manakala menerusi temubual bersama selebriti jelita Tasha Shilla, 25, beliau memberikan sokongan padu kepada kerajaan atas peruntukan yang diberi kepada komuniti karyawan sekaligus mampu mengangkat anak-anak seni dalam bajet yang disediakan.

“Jika pada tahun dahulu, bajet yang diperuntukan tidak mencukupi. Jadi, bagi tahun ini bajet yang diperuntukan sebanyak 6 juta adalah sesuatu yang bagus dan saya berharap ianya dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Bagi saya, jika benda tersebut benda yang baik dan positif, saya akan sokong”.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Begitu juga dengan pendapat yang disuarakan. Namun, semuanya dinilai oleh rakyat dan diusahakan oleh kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.

Top Posts This Week


Shout Out!