berita

Latest Posts

Hairie Othman Tempelak Zed Zaidi

September 19th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Masih ingat dengan kenyataan Zed Zaidi mengenai isu artis yang dibayar puluhan ribu ringgit untuk dipergunakan bagi kepentingan sesebuah parti politik di negara ini?

Hairie Othman yang popular dengan lakonannya dalam drama bersiri, Waris berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

“Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia. Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma.” – Hairie Othman dipetik dari Selangor2u.

Itulah pandangan yang diberikan oleh Hairie Othman. Pelakon ini sebelum ini pernah mengejutkan dunia hiburan apabila secara rasmi menyertai parti PAS pada Jun lalu dan kemudiannya disusuli pula oleh beberapa lagi selebriti lain seperti Abby Abadi.

Rihanna Tampil Ranggi Dengan Gaya Potongan Rambut Super-Short Cropped Hairdo!

September 19th, 2012 | by Ai
Trendsetter

Rona merah, perang, hitam dengan gaya potongan lurus, kerinting dan sleek bangs telah menjadi gaya identiti rambut beliau.

Malah, ianya masih tidak cukup bagi penyanyi popular Rihanna dalam mengeksperimenkan rambutnya menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain.

Baru-baru ini, Rihanna sekali lagi telah memutuskan untuk memperbaharui imejnya dengan melakukan perubahan drastik terhadap gaya potongan rambutnya.

Penyanyi berusia 24 tahun itu tampil dengan gaya potongan rambut terbaru iaitu Super-Short Cropped Hairdo setibanya di Los Angeles untuk  MTV Video Music.

Walaubagaimanapun, ianya bukan pertama kali Rihanna melakukan perubahan sebegini. Ini kerana, beliau terdahulunya penah muncul dengan gaya potongan rambut pendek dalam filem blockbuster Battleship pada awal tahun ini.

Rihanna dilihat tampil ringkas dengan menggayakan T-shirt Céline, jeans dan sepasang kasut berona ceria daripada Cleveland Cavalier-edition Air Jordan.

Wajarkah Video Parodi Gangnam Diberhentikan?

September 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Nampaknya demam Gangnam Style semakin menjadi-jadi dan sudah banyak video bermotifkan stail ini di muat naik menerusi laman Youtube. Terbaru video “Melaka Gangnam Style” pula telah dimuat naik dan setakat ini ia sudah mencecah hampir 200 000 penonton.

Agaknya sampai bila demam Gangnam Style ini akan berakhir ye? Jika kita lihat di laman Youtube, negara Malaysia sendiri banyak melahirkan video sebegini. Boleh dikatakan hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai stail Gangnam mereka sendiri seperti Georgetown Gangnam Style, Oppa KL Style, Penang Uncle Gangnam Style, Orang Sabah Style Oppa Gangnam dan Gangnam Super Nogori Style.

Terbaru stesen radio tempatan, Red FM turut memuat naik video mereka berkaitan isu Gangnam Style, tetapi kali ini bukan untuk menyokong demam Gangnam tersebut. Video yang diberi nama “So Sick Of Gangnam” ini menceritakan tentang pendapat mereka mengenai tarian Gangnam dan meminta agar video sebegini tidak di kongsi lagi.

Oleh itu jom kita lihat video ini dan anda tentukan sendiri, wajarkah video Gangnam ini diberhentikan.

Poll : Kim Kardashian VS Fergie, Siapa Lagi Stailista?

September 19th, 2012 | by Ai
Gaya Hidup

Mungkin kedua-dua selebriti ini tidak sedar bahawa yang dipakainya itu adalah jaket dan bukannya gaun! Namun kedua-dua gaya yang diperagakan oleh selebriti ini telah mendapat perhatian dan pujian daripada peminat dimana mereka telah mengayakan jaket Balmain yang sama!

Sama cantik dan sama menawan, begitulah diibaratkan dengan Fergie dan Kim Kardashian. Baru-baru ini, Fergie dan Kim Kardashian telah mencetuskan isu terhadap jaket yang dipakainya. Fergie seorang penyanyi anggota kumpulan Black Eyes Peas (BEP) kelihatan sama sepadan dengan jaket Kim Kardashian.

Sebetulnya, Fergie yang mengenakan jaket ini terlebih dahulu pada acara yang dianjurkan oleh Case-Mate dalam Big Apple. Jaket yang indah ini beliau telah memaadankannya dengan sehelai baju polos berwarna hitam pekat dan sepatu tinggi bertutup daripada rona senada.

Manakala, Kim Kardashian pula kelihatan mengayakan jaket tersebut pada pelancaran parti di New York City dengan kombinasi sepatu tinggi melilit di pergelangan kaki yang memberikan imej kasual. Kim Kardashian tampil disamping Kanye West sambil memegang aiskrim semasa tiba di maklis pelancaran parti tersebut.

Walaupun gaya yang diperagakan mampu menyerlahkan kejelitaan, tetapi ada sesuatu kekurangan pada gaya tersebut. Seluar! Ya. Kedua-dua selebriti ini tampil dengan jaket hitam panjang dengan butang emas tanpa seluar. Anda sahaja yang mampu menentukan siapa lebih menawan dan cantik. Jadi, bagi anda siapa lagi stailista dalam bergaya? Fergie ataupun kim Kardashian?

[poll id=”58″]

Joe Flizzow Label Rossa Sebagai “World Class Performer”

September 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kerjasama antara artis Malaysia dan luar negara merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam industri seni suara dan baru-baru ini penyanyi Hip Hop tempatan, Joe Flizzow turut berpeluag untuk bekerjasama denga artis negara jiran, Rossa menerusi sebuah lagu Inggeris mereka berjudul “One Night Lover.”

Lagu “One Night Lover” ini merupakan lagu Inggeris pertama buat Rossa dan liriknya telah ditulis oleh Joe Flizzow sendiri. Menurut Joe Flizzow, walaupun lagu ini ditulis dalam versi Bahasa Inggeris, ia tidak bermakna mereka lupa asal usul. Tambahan pula lagu Inggeris ini bagus untuk pasaran antarabangsa mereka kelak.

Sewaktu bertemu dipelancaran album Rossa minggu lalu, Joe Flizzow memaklumkan kepada pihak OHBULAN! yang dirinya amat kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Rossa dan melabelkan penyanyi wanita tersebut sebagai “World Class Performer.”

Pada masa yang sama, penyanyi Hip Hop ini turut melahirkan rasa gembira kerana berpeluang untuk mengembangkan bakatnya di pasaran luar negara dan secara tidak langsung ia mampu mempersembahkan nama industri Malaysia secara profesional di persada yang lebih tinggi.

“Saya ambil peluang ini dengan baik dan ingin mempersembahkan industri Malaysia ke peringkat profesional menerusi kerjasama antara kedua-dua negara. Mula-mula saya rasa takut juga untuk bekerjasama dengan pihak rakaman Indonesia, maklumlah ini pengalaman pertama saya. Tapi lama-lama saya rasa OK dan saya lihat negara Indonesia ada tahap dan kelasnya yang tersendiri.”

“Lagipun tidak semua artis Malaysia dan Indonesia boleh bekerjasama dalam tempoh masa yang lama. Tambahan pula kedua-duanya memiliki budaya yang berbeza dan berikutan perkara tersebut, tidak ramai artis tempatan berjaya menembusi pasaran luar negara dengan mudah,” jelas Joe Flizzow.

Topman Bawa Turun Band “Spector – Live In Malaysia” Oktober Ini!

September 19th, 2012 | by Ai
Hollywood

Biasanya kita dengar jenama pakaian Topman memang sinonim dengan fesyen-fesyen yang dipakai oleh lelaki terutamanya fesyen yang terbaru dari UK.

Namun kali ini, Topman memberikan kelainan dan juga kejutan apabila buat pertama kali akan membawa turun band Spector dari UK yang dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu, Frederick Macpherson (vocalist previously of Les Incompétents & Ox.Eagle.Lion.Man), Christopher Burman (gitar), Thomas Shickle (bass), Jed Cullen (synth, guitar) dan Danny Blandy (dram).

Bekerjasama bersama Universal Music Malaysia, Spector yang popular dengan lagu ‘Never Fade Away’ akan membuat persembahan di Stage Club, Avenue K pada 6 Oktober ini bermula jam 8 malam. Kumpulan yang membawakan stail indie-chic ini juga mempunyai single-single yang hebat seperti ‘Chevy Thunder’ dan ‘Celestine’.

Jenama pakaian Topman akan turut memberikan tiket percuma kepada pelanggan mereka (Fashion Fast Forward Members) yang membuat pembelian melebihi RM200 dalam satu resit di kedai Topman yang terpilih iaitu di Topman Mid Valley Megamall dan Suria KLCC.

Jadi, apa tunggu lagi, pergi beli-belah untuk pakaian anda ketika menghadiri konsert ini serta dapatkan tiket percuma jika pembelian anda lebih dari RM200!

Mari dengar lagu berjudul “Chevy Thunder” dari Spector selepas ini!

Top Posts This Week