berita

Latest Posts

“Bohonglah Kalau Saya Kata Tidak Mahu Berkahwin” – Dayang Nurfaizah

May 16th, 2012 | by Ai
Kini Trending

“Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun.” – Dayang Nurfaizah, dipetik dari mStar Online.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Dayang Nurfaizah, seorang penyanyi yang memang terkenal dengan lagu-lagu Pop dan R&B. Dalam temubualnya bersama sebuah akhbar online tempatan, Dayang yang bakal menjejak umur 31 tahun ini telah menyuarakan kebimbangannya terhadap kes-kes perceraian yang sentiasa berlaku di kalangan masyarakat.

“Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin.”

Dayang yang tidak kisah dengan usianya yang semakin meningkat mengaku dia belum bersedia untuk memberikan komitmen kepada orang lain (suami).

“Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya. Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna,” jelas Dayang.

Tak silap OHBULAN!, tahun ini saja ramai selebriti tanahair yang sudah mendirikan rumahtangga dengan bahagianya. Apa salahnya jika Kak Dayang kita ini pula mendirikan masjid, kan?

Sumber : mStar Online

Foto : Ashton Kutcher Pegang Watak Sebagai Steve Jobs

May 16th, 2012 | by M
Kini Trending

Pelakon Ashton Kutcher telah diberikan kepercayaan untuk memegang watak sebagai Steve Jobs untuk filem biografi berkenaan pengasas syarikat berasaskan teknologi paling bernilai di dunia, Apple sekitar April tahun ini.

Semalam, pelakon drama siri “Two and a Half Men” ini telah ditemui berpakaian ala Steve Jobs; lengkap dengan baju turtleneck serta seluar jeans labuh yang menjadi identiti kepada pengasas tersebut. Filem berjudul “Jobs : Get Inspired” ini mula menjalani rakaman selepas 6 bulan kematian Steve Jobs ekoran serangan kanser usus.

Diarahkan oleh Joshua Michael Stern, filem ini akan memaparkan kehidupan pengasas Apple serta inovasi beliau yang menjadi fenomena sedunia sejak tahun 1970 sehingga lewat 2010

Pelantikan Ashton Kutcher sebagai Steve Jobs dianggap ‘amat kena’ dengannya kerana pelakon ini amat giat melakukan pelaburan untuk syarikat-syarikat berasaskan teknologi dan internet seperti AirBnB, Skype, FourSquare, Fab.com dan Flipboard.

Filem ini dijangka akan dilancarkan ke seluruh dunia sekitar tahun depan.

Sumber berita: Huffington Post

“Baik Buruk Dia Tetap Adik Saya” – Alyah Respon Kes Adik Menyamun

May 16th, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

Berita adik lelaki penyanyi Alyah, Mohd Faizal Abu Hassan yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas satu pertuduhan melakukan samun dengan merampas beg seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura minggu lalu memberikan satu kesan yang amat mendalam kepada keluarganya.

Dalam satu kenyataan Alyah di Facebook malam tadi, beliau menyatakan situasi menyayatkan hati dimana ibunya menangis dan jatuh kerana sakit menerima berita musibah bertepatan dengan sambutan Hari Ibu, Ahad lepas.

Bagaimana pun, berita buruk tersebut tetap disambut dengan penuh keredhaan oleh Alyah serta seluruh keluarganya.

“Buruk atau baik, busuk atau wangi dia tetap adik saya. Saya harap pihak yang berkenaan dapat menjalankan tugas dengan sebenar-benarnya. Duit boleh buat apa sahaja di dunia ini, boleh menuduh, boleh mengaibkan, boleh menjatuhkan. Tapi hanya di dunia.”

Tambahnya lagi, “Saya redha apa pun dugaan dari Allah swt. Saya bekerja keras buat mak dan family. Saya cuma ada mak. dia segala-galanya dalam hidup saya. Selamat Hari Ibu… mak. Semoga kita dapat lalui semua ini dengan hati yang terbuka. Insyaallah.”

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara 10 tahun, denda atau sebatan. Hakim menetapkan tarikh 29 – 31 Mei sebagai tarikh membela diri.

Video : Saiful Apek Ingin Berdamai

May 15th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Petang tadi berlangsungnya sidang media berkenaan isu Saiful Apek yang sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati dengan David Teo tentang kenyataannya sebelum ini yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

Video dibawah adalah penjelasan Saiful Apek mengenai isu yang sudah sampai ke penghujungnya ini.

Mak-Over: Sebalik Majlis Makan Malam Hari Ibu

May 15th, 2012 | by Ai
Trendsetter

Sabtu yang lalu berlangsung majlis sambutan Hari Ibu buat tiga pasangan pemenang bagi pertandingan Mak-Over yang telah diraikan oleh tenaga kerja OH BULAN! Ketiga-tiga pasangan bertuah ibu dan anak telah disambut dengan penuh kegembiraan. Pelbagai riaksi dapat dilihat dari raut wajah mereka. Bagi si anak, ini merupakan hadiah yang sangat istimewa yang mereka dapat berikan kepada ibu masing-masing.

Tiga pasangan bertuah yang telah berjaya ke peringkat akhir ialah pasangan pertama Puan Siti 56 dan anaknya Marlia 26 yang berasal dari Cheras,KL. Pasangan kedua dimenangi oleh Puan Siti Suriah 52 dan anaknya Nursulyana 20 berasal dari Bandar Tun Hussien Onn,KL. Manakala pasangan yang ketiga ialah Puan Norilawati 43 dan anaknya Nurul Irqin 24 berasal dari Shah Alam,Selangor.

Setiap pemenang  ditatarias oleh sponsor mekap terkemuka ESTEE LAUDER. Acara bermula pada jam 2 petang dimana kesemua tiga pasangan anak dan ibu telah pun di tatarias oleh juru mekap khas dari ESTEE LAUDER. Pelbagai teknik solekan digunakan untuk menyerlahkan lagi gaya penampilan wajah pasangan anak dan ibu masing-masing. Mereka turut membawa pulang set penjagaan kulit Estee Lauder Advance Night Repair Serum sebagai hadiah istimewa.

Setelah selesai di mekap kesemua pemenang pula dibawa untuk menghadiri Majlis Makan Malam bersama pasangan anak dan ibu masing-masing. Pihak tenaga kerja OHBULAN! telah menyediakan tiga buah kereta Santa FE untuk membawa ke semua pemenang ke destinasi seterusnya iaitu ke restoran BIJAN yang terletak di Jalan Conlay KL.

Ketiga-tiga pasangan telah disambut dengan baik oleh pelayan restoran. Mereka menikmat hidangan istimewa yang dihidangkan bersempena Hari Ibu yang diraikan. Bukan itu sahaja,kesemua tiga pasangan pemenang pertandingan Mak-Over juga membawa pulang sebuah kamera digital tajaan Canon.

Video selepas ini.

Foto : Kad Jemputan Perkahwinan Nurul Wahab

May 15th, 2012 | by M
Kini Trending

Foto kad jemputan perkahwinan Nurul Wahab ini dikongsi oleh Media Hiburan sebentar tadi. Untuk anda yang terlepas pandang, Nurul Wahab akan mengikatkan tali perkahwinannya bersama jejaka Perancis bernama Eric Daniel Depp di Duchess Ampang pada 6 Jun 2011. Pengumuman ini telah dibuat serentak dengan pelancaran album mini terbarunya, minggu lepas.

Ini merupakan perkahwinannya yang kali kedua selepas ikatannya bersama komposer terkenal, Ajai putus dengan cara baik.

Top Posts This Week



Error: Access Token is not valid or has expired. Feed will not update.
This error message is only visible to WordPress admins

There's an issue with the Instagram Access Token that you are using. Please obtain a new Access Token on the plugin's Settings page.
If you continue to have an issue with your Access Token then please see this FAQ for more information.