berita

Pakaian Dalam Hilang Secara Misteri, Rupanya Angkara Kawan Sendiri… Jijik!

June 25th, 2018 | by faris
Kini Trending

Individu dengan nafsu seks aneh mungkin boleh wujud dalam kalangan kita. Kesukaran untuk mengenalpasti golongan sebegini mendedahkan sesiapa sahaja untuk menjadi mangsa.

Pendedahan seorang lelaki yang baru mengetahui mengenai perangai pelik rakannya patut dijadikan pengajaran kepada semua supaya berhati-hati dengan sesiapa juga di sekeliling.

Tahu kawan pervert tapi tak ada apa berlaku

Individu itu bercerita mengenai detik perkenalannya dengan seorang rakannya yang bertambah rapat kerana bersama-sama menganjurkan acara. Tahun demi tahun mereka menjadi rakan rapat.

Meskipun menyedari mengenai sikap rakannya yang agak gila seks, namun memandangkan tiada apa yang berlaku, mereka tidak mengendahkan perkara tersebut. Tiada bukti kukuh untuk menguatkan persepsi mereka mengenai rakan berkenaan membuatkan mereka tidak terlalu mengambil serius.

Akhirnya jumpa bukti

Akhirnya, rakan-rakan mereka menemukan bukti si pelaku mencuri bra dan seluar dalam wanita. Apa yang lebih mengejutkan mangsa adalah salah seorang daripada rakan mereka juga. Mangsa menyedari pakaian dalamnya kerap hilang dan mengesyaki kejadian itu berlaku setiap kali rakan-rakan mereka datang melepak di rumahnya.

Ketika sedang melepak, pelaku akan buat-buat ke tandas di tingkat atas di bilik mangsa beberapa kali. Rupa-rupanya dia ke bilik mangsa untuk mencuri bra dan seluar dalam yang sudah berlarutan selama berbulan-bulan.

Kejadian itu berjaya dirakam menggunakan kamera GoPro yang disembunyikan di dalam anak patung. Pelaku masuk dan mengambil barang curian dalam masa hanya 10 saat sahaja.

Dah lebih 6 kali

Mangsa sengaja menjemput rakan-rakan untuk memerangkap pelaku. Walaupun sudah mempunyai bukti, pelaku masih cuba untuk melepaskan diri apabila ditanyakan berapa kali dia sudah melakukan perbuatan itu. Menurutnya dia telah membuat perkara keji itu ‘lebih 3 kali’.

Setelah dibentak, barulah si penyangak seks mengeluarkan pakaian dalam dan mencampakkan ke lantai.

15 helai pakaian dalam berharga RM2k

Tambah pelaku, dia berbuat demikian kerana rakan-rakannya ‘membiarkan’ dia berfikiran bukan-bukan dan dia hanya melakukan apa yang terlintas di fikirannya sahaja.

Didapati terdapat 15 helai pakaian dalam berharga RM2000 dan telah berlaku selama berbulan-bulan. Bukan hanya seorang mangsa, malahan beberapa orang telah mengaku berkongsi kisah sama.

Nasihat untuk wanita

Lelaki berkenaan menasihatkan kepada wanita supaya berhati-hati walaupun dengan rakan sendiri. Nasihatnya, jika mengetahui ada rakan berperangai sedemikian, dia perlu bersemuka dan memaklumkan kepada rakan lain mengenai hal itu.

Sumber: ZeSpooky

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×