berita

Pakar Penyiasat Dakwa Bangkai MH370 Berlubang Ditembusi Peluru Ditemui?

March 19th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Genap 4 tahun misteri kehilangan pesawat MH 370 masih belum terungkai. Tragedi kehilangan pesawat penerbangan MH 370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014. Isyarat terakhir dikesan adalah di selatan Lautan Hindi manakala kerja-kerja mencari masih diteruskan oleh pihak berkuasa dan kerjasama kerajaan Australia.

Menurut Sinar Online, pesawat MH 370 didakwa telah ditemui menerusi aplikasi Google Earth. Imej tersebut seolah menunjukkan pesawat berkenaan dalam keadaan berlubang ditembusi peluru. Manakala, bahagian hadapan dan badan utama pesawat tersebut didakwa ditemui di perairan Mauritius.

Dalam keadaan berlubang

Paparan imej ini menunjukkan pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang bersama kesemua 239 penumpang berada di bawah permukaan air di utara laut Mauritius. Walaubagaimanapun, seorang pakar penyiasat pesawat, Peter McMahon, mendakwa dia menghabiskan masa selama beberapa tahun mengkaji imej Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan Google Maps sejak pesawat itu dilaporkan hilang di Lautan Hindi pada 2014.

Adakah ini benar?

Adakah ini adalah bahagian kabin hadapan pesawat MH370 di perairan selatan Pulau Rodrigues? Seramai empat wakil dari Washington telah dihantar ke Canberra untuk mengawasi penemuan tersebut.

Bagaimanapun, penemuan maklumat terkini masih dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada umum. Hal ini kerana pihak berkuasa tidak mahu pesawat dipenuhi kesan berlubang seperti ditembusi peluru itu akan membawa kepada siasatan baharu.

12 objek terapung

Berdasarkan laporan itu, selain bahagian utama pesawat tersebut, McMahon juga telah menemui bahagian hadapan kabin di perairan selatan Pulau Rodrigues yang juga terletak berhampiran Mauritius.

Imej satelit dikeluarkan Australia menunjukkan 12 objek terapung di kawasan dipercayai berhampiran lokasi kejadian. Namun, sejauh mana kebenaran itu belum dapat dikenal pasti lagi. Pihak pakar penyiasat masih lagi meneruskan usaha dalam pencarian pesawat berkenaan.

Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan mencari komponen pesawat MH 370.

Credit: Sinar Online

SKIP THIS AD ×