berita

Paling Seram, Suspen & Bikin Sesak Nafas! – Baca 6 Ulasan Paling Jujur Kami Tentang Munafik

March 1st, 2016 | by Wan
Filem Tempatan

munafikk

Minggu lalu filem seram Munafik arahan Syamsul Yusof mula ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia. Ternyata sambutan orang ramai terhadap filem ini cukup-cukup luar biasa. Mana tidaknya, hampir semua pawagam ‘full house’ dan kami terpaksa check lebih kurang 6 pawagam bagi mendapatkan tiket!

Tatkala filem ini mula dimainkan, hati mula berdebar. Kami cuba untuk tenangkan diri namun selepas 10 minit pertama, bermulalah babak-babak seram dan mengejutkan tanpa henti!

Susah nak predict!

muna1

Di awal filem penonton diperkenalkan dengan watak-watak di dalam filem terbabit. Namun selepas pertemuan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) dengan Maria (Nabila Huda), maka bemula lah kisah yang cukup mengelirukan.

Wujud pelbagai andaian siapa sebenarnya yang buat semua ini? Kenapa Ustaz Adam seolah sembunyikan sesuatu? Adakah mak tiri Maria yang gunakan sihir? Kekasih lama Maria yang buat?

Korang kalau tengok filem ni pun memang ‘pening’ je. Dalam masa yang sama nak juga tahu kenapa jadi macam tu. Akhirnya baru tahu yang….. (kami tak sangka kerja dia ni, ishh!)

Scene bilik mayat yang ‘gila’ seram

Screen Shot 2016-03-01 at 1.13.54 AM

Sepanjang lebih kurang 1 jam 38 minit filem ini dimainkan, banyak scene yang mendebarkan. Antaranya scene Nabila Huda dirasuk, scene di rumah banglo terbiar, dan yang paling seram di bilik mayat sebuah hospital!

Dengan lampunya yang warna merah tu, ramai yang tutup mata. Boleh pula dia masuk dalam peti simpanan mayat tu!

Bingit telinga, ramai menjerit!

Screen Shot 2016-03-01 at 1.17.28 AM

Sebelum ini ramai yang share video reaksi penonton masa menonton filem Munafik kan? Ada yang cakap tipu lah, tak betul lah. Well, korang patut try tengok sendiri.

Masa kami tengok tu memang dalam wayang kelam kabut habis! Sikit-sikit menjerit. Iyalah banyak sangat scene mengejutkan. Macam masuk rumah hantu dekat fun fair pun ada.

Tiada bomoh, bacaan ayat ayat Al-Quran oleh Syamsul Yusof

Screen Shot 2016-03-01 at 12.49.50 AM

Syamsul Yusof memegang watak utama di dalam filem ini sebagai Ustaz Adam dan sering membantu orang kampung dari sebarang gangguan syaitan.

Apa yang menariknya hampir kesemua ayat-ayat suci Al-Quran di dalam filem ini dibaca sendiri oleh Syamsul. Setiap kali scene ‘pertempuran’, segala ayat suci dibaca oleh Syamsul. Memang real lah!

Syamsul pun akui ambil masa 2 bulan untuk mendalami ayat-ayat yang digunakan dalam filem ini. Sejujurnya, ini juga antara sebab mengapa filem ini lebih ‘fresh’ berbanding filem seram yang lain.

Mesej yang cukup mendalam

muna3

Menurut Syamsul filem ini sebenarnya berdasarkan pengalamannya sendiri dan digabungkan dengan beberapa cerita agar lebih segar.

Secara keseluruhan, banyak pengajaran dan mesej berguna yang diselitkan di dalam filem ini, bukan hanya filem seram semata-mata. Lakonan mantap Nabila Huda wajar diberi pujian. Naskah terbaru Syamsul kali ini dilihat lebih kemas dari segi skrip, lakonan, sound, mood, dan lighting.

Gabungan lengkap elemen-eleman tersebut, tak keterlaluan jika kami katakan bahawa Munafik merupakan filem paling seram 2016. Pendek kata tiada istilah caca marba, semua digarap dengan teliti.

Nak tahu siapa yang munafik? Pergi tengok sendiri! Kami bagi 4/5 bintang.

Positive feedback & penuh panggung!

Screen Shot 2016-03-01 at 1.22.02 AM

Screen Shot 2016-03-01 at 1.22.18 AM

Screen Shot 2016-03-01 at 1.19.59 AM Screen Shot 2016-03-01 at 1.20.25 AM

Screen Shot 2016-03-01 at 1.23.18 AM

Spoiler alert : Orang yang rapat dengan watak utama yang sanggup set up semua ni demi melemahkan dan menyesatkan Ustaz Adam.

SKIP THIS AD ×