berita

Pandangan Terakhir Anak Sebelum Maut Digilis Van

August 10th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Hati ibu-bapa mana yang tak sedih apabila menyedari sekujur tubuh kanak-kanak terbaring di jalan raya itu rupa-rupanya anak sendiri. Adik Aazad Ammar berusia 8 tahun maut di tempat kejadian akibat digilis sebuah van sekolah di Jalan B10/5 Taman Bukit Serdang pada petang semalam.

Paling menyedihkan apabila kejadian itu berlaku di hadapan mata bapanya sendiri. Ibu kepada mangsa turut berkongsi detik terakhir bersama anaknya.

Mulutnya sedikit tercungap-cungap

Saya berlari ke arahnya, pangku tubuhnya dan hanya mampu memanggil namanya, Ammar… Ammar… beberapa kali, namun dia tidak bergerak dan matanya terus tertutup. Mulutnya pula sedikit tercungap-cungap seperti susah bernafas sehinggalah ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian.

Saya terkejut melihat pengawal keselamatan datang berlari memanggil saya dan menunjukkan tangan ke arah jalan. Saya terus berlari ke arah jalan utama di mana kejadian berlaku dan sebaik nampak beg sekolah Ammar, saya tahu anak saya yang dilanggar van berkenaan.

Menerusi Berita Harian, bapa mangsa ketika itu baru pulang dari kerja dan kebetulan berada di dalam kereta di anjung rumah sebelum anak ketiganya, Aazad Ammar meninggal dunia. Ammar kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Dan Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.25 malam, hari yang sama akibat kecederaan dalaman.

Sementara itu, ibu mangsa turut berkata tingkah laku Ammar nampak lain ketika menghantarnya ke sekolah agama di Seri Petaling kira-kira 7.30 pagi hari kejadian.

Ammar lupa peluk ibu?

Biasanya sebelum turun kereta, Ammar mesti akan peluk dan cium saya dan cakap ‘I love you, ibu’ namun pagi itu dia terus turun. Saya panggil dia dan tanya ‘Ammar lupa peluk ibu?’.. dia kemudian datang semula dan peluk cium saya namun pelukan kali ini lain daripada biasa, dia peluk saya agak lama.

Apa yang lebih membuat saya lebih terasa adalah apabila dia berdiri di tepi pintu masuk sekolah dan memerhati saya sehingga saya beredar.. itu sebenarnya pandangan terakhir Ammar kerana dia tidak pernah berbuat begitu.

Menurut Mohd Azrai, beliau amat kesal dengan kelalaian dan kecuaian pemandu van berkenaan kerana kejadian buruk itu boleh dielakkan sekiranya dia lebih bertanggungjawab ketika menjalankan tugasnya.

Tambah beliau, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa sama, bercadang untuk mengambil tindakan sivil terhadap pengusaha van sekolah berkenaan.

Pergi mu saat tidak dijangka..

Kau datang dengan penuh pengharapan, Kau pergi sempurna ke Tuhan… .

Aazad Ammar pergimu mengingatkan diriku tentang kisah Ahmad Ammar, kebetulan namamu sama. Meninggal dunia ketika melintas jalan sehingga akhirnya mebawa kepada kemalangan. Seorang ingin pergi berjihad, seorang pulang dari berjihad. Pergimu saat yang sangat tidak dijangka. Betapa perancangan Allah itu Maha Besar. Saat ini terus terdetik sekiranya sudah tertulis kunfayakun. Jadi…maka terjadilah ia.. .

Ya Allah.. Aku mohon padaMu bukan sedikit.. Kau permudahkanlah segala urusan sahabatku ini. Kau berikanlah kekuatan hati dan iman kepadaNya dalam menghadapi saat getir ini. Ujian ini amat berat, tapi aku pasti ganjarannya sangat hebat. Anak syurgamu sedang berlari lari di syurga Allah. Anak syurgamu senang ralit menyaksikan indahnya jannah.. Sahabatku sayang Ina dan Rai demi tiga lagi permatamu, demi insan yang terus menyayangimu, kuatlah, dan percayalah segalanya ini ada sesuatu yang dijanjikan Ilahi.. .

Abang Ammar… Anaqi sayang Abang Ammar. Semalam Anaqi tengok gambar Abang Ammar.. Anaqi senyum. Sehari sebelum Abang Ammar takde Anaqi sempat bermanja dan bermain dan ingin ikut Abang Ammar balik. Lepas ni Anaqi tak boleh lagi bermain dengan Abang Ammar tapi Anaqi yakin Abang Ammar pasti jumpa kawan kawan Anaqi yang lagi baik, lagi comel, lagi lincah dari Anaqi. Sayang Abang Ammar sangat. .

Mohon sedekahkan Al Fatihah buat anak syurga ini. Aazad Ammar bin Noor Adzlina. 20082010 – 07082018.

 

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×