berita

Pasang Lagu Raya Kegemaran Korang Dengan Gajet Ni, Confirm Saudara Mara Enjoy Habis!

June 6th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Lagu raya pun dah rancak dimainkan di corong radio dan shopping mall. Budak-budak suka la dengar, sampai berjoget ikut rentak lagu tu! Terusik hati bila tengok diorang. Hihi…

Semua orang mesti ada lagu raya favourite masing-masing, betul tak? Korang mesti nak pasang lagu tu kat rumah bila malam raya nanti kan? Baru ada feeling raya gitu! Tahu tak ada gajet ni boleh buat korang enjoy habis kalau pasang lagu raya? Meh kami bagitahu..

Hiburkan raya anda dengan wireless speaker EXTRA BASS™ Sony yang terbaru!

Haa, inilah dia wireless speaker SRS-XB41, SRS-XB31 dan SRS-XB21 terbaru keluaran Sony, baru je dilancarkan pada 30 Mei 2018 lalu. Kalau korang tengah cari speaker yang perfect untuk raya, dah boleh stop cari dah. Guna je speaker Sony ni. Yay!

Speaker ni senang digunakan sebab ia wireless. Malah, dengan EXTRA BASS™ dan mod LIVE SOUND yang dilengkapi dalam model terbaru ni, bunyi yang keluar lebih padu dan best! Boleh la korang dengar lagu raya kat mana-mana! Confirm raya korang puas dengan speaker ni!

Kualiti bunyi speaker ni memang gempak! Korang nak dengar lagu bass yang berat pun tak ada masalah. Korang juga boleh naikkan mood raya dengan DSP (Digital Signal Processor) terbaru yang mengeluarkan bunyi seakan live! Bila pasang, korang akan rasa macam kat tengah-tengah konsert dengan penyanyi yang ada depan korang. Fuh!

Ciri baru yang tahan lasak

Manalah tahu korang tengah hidang ayam masak merah untuk open house, tiba-tiba tertumpah kuah atas speaker tu. Tak apa! Design material fabrik terbaru pada speaker ni menjadikan ia tahan lasak dan mudah dibasuh. Jadi tak perlu risau kalau ada benda tumpah atasnya. Ia juga kalis air, debu dan karat. Syok betul!

Memandangkan speaker ni wireless, korang boleh la bawa ke mana-mana je. Nak bawak pergi rumah kawan korang waktu raya nanti pun boleh. Hehe. Bateri untuk speaker SRS-XB21 boleh tahan 12 jam, tapi speaker SRS-XB31 dan SRS-XB41 boleh tahan 24 jam! Nak guna sampai tengah malam? No problem la!

Speaker Sony sekarang dah canggih tau. Boleh sambung sehingga 100 speaker yang berbeza. Pakat dengan kawan-kawan untuk dapatkan speaker ni. Nanti boleh la ajak diorang enjoy dengar lagu raya dengan speaker yang ada. Wee..

Biarkan speaker tu jadi host korang dan hiburkan kawan-kawan dengan ciri ‘Party Booster‘ yang playful! Korang boleh gunakannya sebagai instrumen jugak sebab ada built-in accelerometer yang mampu hasilkan bunyi dan lighting yang cantik. Seronok la macam tu!

Lampu lip lap macam lampu raya

Kalau nak tahu, speaker SRS-XB41 dipasang dengan line light dan speaker lights yang mempunyai pelbagai warna dengan kesan flashing strobe, sedangkan speaker SRS-XB31 dan SRS-XB21 ada line light dengan single warna je. Malam raya kan tak best kalau tak ada lampu lip lap. Dah ada speaker ni, baru la happening!

Model speaker Sony EXTRA BASS™ kali ini telah diperbaharui dan dilengkapi fungsi lebih canggih dari model terdahulu. Mesti korang tak sabar nak beli kan? Kami kongsikan sekali warna apa yang ada dan harganya sekali…

  • SRS-XB41 akan ada di Malaysia bermula dari 12 Jun 2018, boleh didapati dalam warna hitam, putih, merah gelap dan biru gelap pada harga RM809.
  • SRS-XB31 akan ada di Malaysia bermula dari 12 Jun 2018, boleh didapati dalam warna hitam, putih, dan merah, biru serta kuning dalam dua tona warna yang menarik. Ia berharga RM569.
  • SRS-XB21 pula akan ada di Malaysia bermula dari 12 Jun 2018, boleh didapati dalam warna hitam, putih, merah, biru dan kuning pada harga RM409.

Macam mana? Mesti korang tak sabar nak dapatkan speaker terbaik ni untuk raya kan? Jom meriahkan raya di rumah anda dengan speaker Sony ni! Nak info lebih lanjut, boleh klik sini ya. Let’s party!

SKIP THIS AD ×