berita

‘Patut Ke Saya Saman Si ‘Abang Nak Jub*r’ Ni’ – Tidak Dapat Dikesan, Ifa Raziah Bengang Dengan Roslan Shah?

January 13th, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, hangat di media sosial isu ‘perang mulut’ Ifa Raziah dan pengacara, Roslan Shah. Isu timbul selepas Roslan dipercayai mengaib dan menabur fitnah terhadap Ifa secara terbuka menerusi video live di laman sosial. Walau bagaimanapun, beberapa hari lepas, dipercayai pengacara itu telah pun memohon maaf kepada Ifa menerusi satu status di Instagram.

Artikel berkaitan: ‘Senang Betul Hidup Kau!’ – Dihina Teruk, Ifa Raziah Tak Terima Permohonan Maaf?

Tidak puas hati dengan cara beliau meminta maaf, Ifa sekali lagi membuka mulut mengenai isu tersebut. Dalam statusnya, pelakon itu memanggil Roslan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Macam mana kau fitnah aku, macam tu jugak kau kena minta maaf

Dah??? Itu jer??? Senyap terus? Pastu…I ? Hari tu beria2 sangat nak lawan aku. Aku baru perah sikit kau dah ‘mintak maaf’. Itu pun minta maaf mcm tak ikhlas. Kau dah aibkan aku, aibkan Kak Norshila Amin…lps tu senyap. Hilang dari radar…Aku tak terima permohonan maaf kau kalau setakat macam ni!

Kau nak minta maaf, kau buat secara terbuka. Kau panggil la media, buat la PC, kena buat Live kat facebook & Ig kau! 
Macam mana kau fitnah & malukan aku…macam tu jugaklah kau kena minta maaf kat aku. Bukan kat aku sahaja, tapi minta maaf jugak kat suami, aku, anak aku, Kak Norshila Amin & keluarga Kak Norshila Amin. 

Nak sangat aku saman kau, tapi kau bukan ada duit nak bayar

Kalau ikut hati, Aku & Kak Shila mmg nak saman kau…tapi semua orang kenal kau la. Bukannya kau ada duit nak bayar pun. Soalan pertama lawyer aku tanya, “siapa Roslan ni? Dia ada duit ke nak bayar kalau kita menang kes ni? Kalau tak ada duit, tak payah la…buang masa jer”. Dah tentu2 lah aku pun nak kena keluar RM30k-RM40k nak saman kau. Nnt kalau aku menang, kau buat bodoh tak nak bayar. Dah…aku nak kena keluar duit lagi pergi mahkamah rayuan dan seterusnya.
Kalau aku saman, contohnya ‘Abang Nak Tegur’ lain la, sedap la sikit, mmg dia ada duit. Tapi ‘Abang’ tu baik, bukan macam kau.

Habis tu, anda semua rasa macam mana? Macam mana saya nak bersihkan nama saya? Patut ke saya saman si ‘Abang Nak Jub*r’ ni?

Difahamkan juga, pada awalnya pengacara itu merancang untuk mengadakan sesi media khas berhubung perkara ini namun dibatalkan kerana tidak mahu memanjangkan isu.

Kini, Roslan dipercayai tidak dapat dikesan selepas permohanan maafnya tempoh hari.

Sumber: Instagram Ifa Raziah

SKIP THIS AD ×