berita

Pelakon Razak Ahmad Dijatuhkan Hukuman Khalwat

June 14th, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

Twitter rasmi @501Awani melaporkan pelakon Razak Ahmad telah dijatuhkan hukuman denda RM2900 atau setahun penjara kerana didapati bersalah berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan, lewat petang tadi.

Pelakon ini telah didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45 tahun pada pukul 2.15 pagi bertarikh 1 April 2006 di sebuah rumah berlokasi di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana. Pendakwaan terhadapnya dibuat empat bulan selepas itu iaitu pada 27 Julai 2006.

Semasa dicekup oleh pasukan penguatkuasa JAIS dan anggota polis, wanita berstatus isteri orang ini membuka pintu rumah dengan berpakaian lengkap manakala Razak pula didapati sedang tidur dengan lengkap berseluar jeans, namun tidak memakai baju.

Sebelum itu, pintu dan jeriji rumah yang berkunci terpaksa diketuk oleh pasukan penguatkuasa selama beberapa minit sehingga dibuka oleh Selamah.

Nantikan laporan penuh selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×