berita

Pelantikan Peguam Negara Dipertikai, Bekas Staf Dedah Siapa Tommy Thomas Sebenarnya…

June 6th, 2018 | by faris
Kini Trending

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semalam telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Kenyataan istana bertarikh 4 Jun itu menamatkan segala spekulasi mengenai pelantikan Tommy yang dikatakan tidak dipersetujui kerana faktor agama dan bangsa.

Seorang bekas staf di firma guaman Tommy mendedahkan siapa sebenarnya peguam negara baru ini.

Cerita pengalaman peribadi bekerja bawah Tommy

Menurut Ashikin, dia mula bekerja di firma guaman Tommy pada 2009 dan berhenti pada April 2013. Pos Facebook berkenaan ditulis bagi menceritakan pengalaman mengenali peguam itu secara peribadi dan bukannya menilai berdasarkan bangsa, agama mahupun kisah lampau Tommy.

Orang paling tegas pernah jumpa

Ujarnya lagi, Tommy merupakan orang paling tegas dia pernah kenali selain mempunyai prinsip tersendiri. Dia juga amat menepati masa apabila melibatkan mahkamah. Menurut Ashikin, bekas majikannya itu akan berada di perkarangan mahkamah pada jam 8 atau 8.15 walaupun persidangan bermula pada 9 pagi!

Bos terbaik pernah bekerja bersama

Ashikin juga menceritakan betapa Tommy menjadi salah seorang majikan terbaik yang pernah dia berkhidmat. Tommy tidak kisah menghabiskan wang untuk staf, belanja makan di restoran mahal malahan staf juga dibawa bercuti siap dengan duit poket.

Selain itu, mereka juga diberi duit raya setiap kali menjelang musim perayaan serta duit dapat anak ketika menerima kelahiran ahli baru dalam keluarga masing-masing.

Tambahnya lagi, walaupun berhenti kerja pada bulan April bagi menumpukan perhatian pada anak, firma itu masih memberikan bonus kepadanya di akhir tahun.

Tidak berkira bantu orang dalam kesusahan

Tommy juga ambil peduli mengenai mereka yang ditimpa musibah apabila selalu mengambil kes secara percuma (probono). Tiada yuran guaman dikenakan bagi membantu persatuan penduduk, orang miskin dan mereka yang tertipu dengan skim pelaburan.

Tidak sesen pun diminta malahan pihak Tommy mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai anak guamnya.

Boleh faham kenapa PH pilih

Menurutnya lagi, dia memahami mengapa bekas majikannya itu dipilih menjadi Peguam Negara oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, orang ramai tidak perlu khuatir atau gusar dengan pelantikan Thomas ini kerana tidak akan ada apa-apa yang terjejas terutamanya berkaitan Islam di Malaysia.

Sumber:Ashikin Rahim, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×