berita

Pemain Pertahanan Kita Sungguh Lemah – Nad Zainal Respon Kekalahan Harimau Malaya

December 14th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sempena pertembungan kali kedua antara skuad negara, Harimau Malaya dan Thailand semalam, pihak TV3 dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) telah menganjurkan satu majlis ‘Viewing Party’ yang diadakan di Restoran Rasta, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya, beberaap artis tempatan telah turut hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut bersama peminat-peminat mereka.

Antara artis yang hadir adalah Zalif Sidek, Fezrul Khan, Nad Zainal, Amar (Anak Wayang), Izzue Islam, Shah Iskandar serta Eina Azman.

Memandangkan skuad negara telah kalah 2-0 ditangan Thailand, jadi pihak OHBULAN! berkesempatan untuk menemubual Nad Zainal dan bertanyakan pandangan aktres tersebut mengenai corak permainan skuad negara pada malam semalam.

“Saya tengok pemain pertahanan kita pada malam ini sungguh lemah dan saya rasa sangat sedih dengan corak permainan mereka.”

“Pemain yang boleh dibanggakan adalah penjaga gol kita, Farizal Marlias sebab saya tengok dia yang paling banyak bertindak malam ini. Pemain-pemain lain cuma mengharapkan pada dia sahaja.”

‘Walaubagaimanapun saya tetap suka corak permainan yang ditonjolkan oleh Shahrul,” komen Nad Zainal mengenai pemain bola sepak kebangsaan.

Dalam pada itu, Nad akui tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada pemain kebangsaan di awal separuh masa pertama turut menjadi punca pemain hilang fokus dan sedikit kecewa dengan tindakan tersebut.

“Nak kata kalah yang memalukan itu tak juga, mungkin disebabkan tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada pemain kita menjadi punca skuad negara sedikit ‘down’ sehingga mereka hilang fokus.”

“Lagipun pemain kita pun tak cukup, mana tidaknya Wan Zack Haikal pun tak dapat bermain dan Safee Sali pula dimasukkan lambat,” ujar Nad Zainal penuh kecewa.

SKIP THIS AD ×