berita

Pemandu Bas RapidKL Mengaku Salah Masukkan Dadah

August 21st, 2018 | by faris
Kini Trending

Kecoh di laman sosial beberapa hari lalu apabila pemandu bas RapidKL bertindak merempuh beberapa buah kenderaan dalam usaha melarikan diri. Insiden tersebut berlaku di kawasan Keramat berdekatan dengan sebuah kilang hinggalah berakhir di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Artikel berkaitan: Polis Nafi Pemandu Bas RapidKL Sudah Meninggal

Pemandu berkenaan yang cedera dipukul orang awam kemudiannya ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Mengaku salah masukkan methamphetamine

Pemandu berkenaan yang melanggar 7 kereta sehingga mendatangkan kecederaan kepada 4 orang, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam badan.

Md Khairol Anuar Mohamad, yang hadir ke mahkamah memakai baju hitam membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

Namun, mahkamah menangguhkan hukuman terhadap tertuduh sementara menunggu laporan ujian air kencing.

Masukkan dadah di tandas

Md Khairol didakwa memasukkan dadah itu ke dalam badannya di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 7.40 petang, pada 17 Ogos lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×