berita

Pembantu Rumah Fynn Jamal Pula Buat Hal! 3 Kali Kantoi Buat ‘Tak Baik’ Dekat Juna

July 18th, 2017 | by Wan | 10 comments
85K
reads
7K
shares
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini kecoh dengan isu pembantu rumah apabila sebilangan barangan jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri didakwa dicuri dan dilarikan. Kes seperti ini bukanlah perkara baru.

Bukan sahaja melibatkan kes kecurian malah ada juga dimana pembantu rumah yang khianat kepada majikan, tidak patuh malah melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada majikan. Kali ini giliran Fynn Jamal pula berkongsi rasa kesal tentang pembantu rumahnya. Apa yang berlaku? Jom baca!

Juna menangis menjerit

geli, kan? . ini lah dia balasan kebaikan kami kepada helper yang aku layan setara bagai sahabat. . makan semeja. jalan bersama. dimewah hadiah. dibagi bilik tetamu, bukan bilik bibik. dipejam-mata walau malas nauzubillah. . semua atas alasan: takpe. sekurang2nya dia sayang anak kita. . sebab depan kita, subhanallah, dipeluk dicium dikasih anak kita. jadi takpe. segalanya takpe. . bangun lagi lambat dari kita. rembat pakai barang kita. tak jaga barang2 rumah kita. membetulkan kerosakan yg dia buat kat rumah ni sebab dia sampai ribu2. semua takpe. . asalkan sayang anak kita. . tapi tadi dah kantoi kali ketiga buat tak baik dgn anak kita. dia ingat semua keluar tinggalkan juna pada dia. sebab kita tersalah cakap semua pergi. kecuali dia. . jadi perangai dia terzahir tanpa mengetahui daddy kat tingkat atas. . juna menangis menjerit. dipeduliknya. sebab dia nak juga layan drama filipina dia. . allahu akbar. bayangkan. apalah yg anak aku reti adukan. dulu masa bang chik lari, aku doa sangat2 minta ???? tunjuk segala yg tersembunyi dlm rumah ni. . perlahan2, ???? singkapkan. . gaji lebih mahal dari penjaga stor butik. kita kenang sbb dia ada mak abah. setiap bulan ada sahaja keluarga sakit, ada saja nak pakai duit. kita sabarkan. . minta tolong kemas mcm mengemis. sebab dia suka hempas2 sbb xcukup rehat. jadi selalunya aku juga yg uruskan. masak tak pernah. bergayut dgn jejaka2 sini sana. kantoi dpn kita pun bukan minta maaf. setakat off fon kemudian buat selamba. ni aku ambil fon dia, bila semak whatsapp– terbukti semua. . “boss here. wait. later i call you”. . fuh. dia yg call mamat2 semua tu. chatting jenis “mana dpt fon i ni?”, jenis “nak mandi, you jgn bayang i mandi tau you ni”. berbual dgn ramai lelaki– yg bukan suami. terbukti sbb dia suka printscreen facetime dgn si miang2 ni. . ya ???? berikan aku kesabaran. kasihankan anak aku. . ni yang kantoi. yang selama ni anak aku tanggung? berapa lama dia berlakon macam ni? kalau bukan bang chik lari masa tu– mesti masih tak perasan semua ni. skrg dah terbukak belang. dia dah malas nak berlakon lagi. . allahu akbar. wahai ????, aku serahkan dia pada engkau.

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal) on

Menerusi satu perkongsian terbaru di akaun Instagram miliknya, Fynn Jamal ternyata kecewa apabila pembantu rumah yang dilayan bagai menatang minyak yang penuh itu tidak menjalankan tugas dengan baik seperti yang diharapkan.

Dakwa beliau, ini sudah kali ketiga pembantu rumah itu buat perkara yang tidak elok kepada anak kesayangannya Juna.

Ini balasannya…

some of the comments tadi tanya:
kenapa tak pasang cctv?
.
soalan yg dari awal lagi aku kena jawab. pada kawan2. terutamanya pada famili. bab yg aku bertegas atasnya, sampai semua jadi penat nak layan.
.
aku kata:
kesian dia.
.
kalau pasang cctv, penatlah dia nak bertudung sentiasa. mesti rimas nak mengemas. waktu kita tak ada lah dia dapat bersantai dalam bekerja.
.
kalau pasang cctv,
kesian pada dia.
.
itulah jawapan aku sentiasa. sebab aku pilih dia dari senarai biodata dulu– adalah sebab dia berhijab. lebih mahal sebab biasanya helper dari sana adalah kristian. ada yg muslim. cuma tak ramai. dan susah didapatkan.
.
satu lagi perkara yg ditanya di ruang komen:
tentang telefon dia.
.
aku tak pasti agensi lain. tapi agensi dia dah beritahu: polisi mereka adalah tidak boleh pegang telefon. kalau hendak call, tumpang telefon majikan. dan utk perkara penting sahaja. setiap pekerja perlu setuju baru agensi serahkan pada majikan.
.
kami–
di minggu pertama terus belikan dia.
.
sebab dia suka ambil gadget juna utk buka facebook dia. aku tak mau mereka berebut. dan aku faham macammana beku otak kalau tak berbual dgn kenalan dan keluarga. aku sendiri pernah merantau. aku faham macammana sasau.
.
dalam kontrak tak boleh balik selagi belum tamat. aku belikan dia tiket utk pulang beraya. aku kirimkan hadiah2 utk keluarga dia sana. aku pegang: kalau dia rezeki kami, dia balik semula.
.
alhamdulillah. mana2 perangai sini-sana, aku halalkan. sebab manusia bukan mesin. manusia ada jiwa. ada penat, ada tak larat, ada kurang cermat.
.
tapi entahlah. segala itu bagai menyiat2 hati aku hari ini sejak tadi.
.
padahal selama ini aku tau dia tidur di katil kami bila kami tak ada. aku ada cara utk melihatnya. dia tak pernah mau ikut ke mana2. dia konon2 pening, selalu mau muntah dalam kereta. rupanya bila sendirian– seronok dia berendam dalam bath tub. bahagia dia selfie keliling rumah utk dihantar ke kawan2.
.
aku nak cakap apa?
nak marah pun dapat apa?
jadi aku diamkan saja.
tegur baik2.
punya takut kalau dia tersinggung.
risau dia lepaskan pada anak kita.
.
rupanya kena juga.
.
allahu akbar.
xpe.
mesti ada hikmahnya.
.
alhamdulillah ‘ala kulli haal.
insyaAllah ???? uruskan.

Sumber :  Fynn Jamal

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

10 Comments

  1. Ros says:

    Bagus. Buatlah baik lagi kat rakyat2 negara keempat kelima ni. Ada sebab mengapa Allah lahirkan mereka kat situ. Daaaaaaaaaaaa. Tu pun nak ajar.

    • MSJ says:

      Pssst, Ros. Allah tak menjelma dalam bentuk lelaki berjanggut, berekor, dan bertanduk la. Awak silap orang tu. Cepat lari.

  2. Peah says:

    Bg aku..ni namanya sndri cari penyakit..dpt helper tp xmcm helper..fynn pn amik die keje dr agensi..maksudnya die mmg seorg maid..n die dtg sini utk bkerja sbg maid bkn utk dilayan sbg ratu..ksilapan kt fynn..fynn ada hak sbg majikan..ksian biar brtempat..

  3. Umi says:

    Dah kaw tu pemalas fynn. Nak pakai helper bagai. Org lain boleh rilek je kerja sambil urus hal rumah tangga anak suami mak mak mertua. Kau bukan wanita kental lah sbenarnya. Belajar lagi. Menuntut dgn guru bukan dengan youtube

    • z says:

      setiap org ada sbb nape amik pembantu rmh, bukan saja2 nak tabur duit. realitiny mmg ramai pembantu rmh mcm yg dia cite ni. lebih drr ni pn ada. dia ingat org bayar dia utk goyang kaki. dia je penat. kita x penat?? kalau malas, blk je la x payah kerja!

  4. Rusa tanah says:

    Korang ni manusia jnis apa eak.. fyn lg dilanda musibah ko plk over nk mengutuk..ke wrga asing tu fmly ko? Lau fmly ko…ko ajar la die guna otk ukn ltk at lutut cm ko… Dasar ? asik nk haters j bagai. Sbr la fyn… Mungkin ni ujian agar pasni fyn lbh brwaspada… Pasni cr agent yg bley dprcyai dan pasang la cctv ok..dan soal aurat…bia fyn sndri pantau cctv tu.

  5. ayie says:

    Assalamualaikum. Bukan saja-saja nak menyemak. Dugaan yang diberi hanya pada yang layak. Jikalau rasa terguris di hati. Pohon keampunan selayaknya pada Ilahi. Abadikan sebagai ujian supaya lulus di sana kelak. Dikhuatiri hasutan yang berleluasa menyalak-nyalak. Hidup umpama roda yang bulat. Teguran dan sapa untuk yang terkulat-kulat. Mata melihat dengan penuh pemikiran. Tetapi tak pernah mengetahui erti kebenaran. Diharap sabar jadi pegangan. Supaya hilang tidak pedoman. Mengetahui kemungkaran hadapan mata dibenci. Tindakan setimpal dari susahkan diri.

    • Peah says:

      Ayie..gaya pnulisan pn ala2 fynn..cuma isi penulisan xkena ngan cite pn…tlg ekh baca cite, fahamkn then bru comment..biar bunga2 ayat ada isi bru sdap nk baca..ni mcm syok sndri lak..
      Waalaikumsalam..

  6. Del says:

    Bersabarlh…….

  7. Minda Optima says:

    Kesian Juna..hmm