berita

Pemenang Oscar & Grammy, Jamie Foxx Bakal Hiburkan Malam Anugerah Laureus World Sports Di Kuala Lumpur

March 19th, 2014 | by Ai
Hollywood

jamie-foxx

Buat pertama kali dalam sejarah, program 2014 Laureus World Sports Awards bakal diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia seiring dengan objektif Laureus untuk mengiktiraf jasa mendiang Presiden Mandela selaku penaung majlis tersebut.

Untuk pengetahuan anda, majlis anugerah yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2014 di Istana Budaya itu bakal menjadi sebuah majlis berprestij dengan kehadiran ramai personaliti sukan terkenal antarabangsa antaranya David Beckham dan Alex Ferguson.

Namun apalah ertinya sesebuah majlis tanpa diserikan dengan persembahan menarik, betul tak? Maka untuk itu, penyanyi dan pelakon terkenal Hollywood, Jamie Foxx telah disahkan akan membuat persembahan istimewa bagi menghiburkan jemputan yang hadir.

Laureus2013fist

Usain Bolt memenangi anugerah Laureus World Sportsman of the Year tiga kali berturut-turut

Bagi yang kurang mengenali Foxx, selebriti ini pernah membintangi filem Django Unchained pada tahun 2012 dan pernah merangkul anugerah Oscar menerusi kategori Pelakon Terbaik untuk filem Ray.

Selain aktif berlakon, Foxx juga pernah memenangi anugerah Grammy sepanjang bergelar penyanyi selain tiga album miliknya telah menduduki carta tertinggi dalam Billboard 200.

Sementara itu, di bawah ini adalah senarai calon untuk 2014 Laureus World Sports Awards:

Laureus World Sportsman of the Year
Usain Bolt (Jamaica) Althletics; Mo Farah (UK) Athletics; LeBron James (US) Basketball; Rafael Nadal (Spain) Tennis; Cristiano Ronaldo (Portugal) Football; Sebastian Vettel (Germany) Motor Racing.

Laureus World Sportswoman of the Year
Nadine Angerer (Germany) Football, Missy Franklin (US) Swimming; Shelly-Ann Fraser-Pryce (Jamaica) Athletics; Yelena Isinbayeva (Russia) Athletics; Tina Maze (Slovenia) Skiing; Serena Williams (US) Tennis.

Laureus World Team of the Year
All Blacks (NZ) Rugby Union; Bayern Munich (Germany) Football; Brazil Men’s Football Team; Bob & Mike Bryan (US) Tennis; Miami Heat (US) Basketball; Red Bull (Austria) Motor Racing.

Laureus World Breakthrough of the Year
Afghanistan Cricket Team; Marc Márquez (Spain) Motor Cycling; Raphael Holzdeppe (Germany) Athletics; Nairo Quintana (Colombia) Cycling; Justin Rose (UK) Golf; Adam Scott (Australia) Golf.

Laureus World Comeback of the Year
Yelena Isinbayeva (Russia) Athletics; Rafael Nadal (Spain) Tennis; Oracle Team USA – Sailing; Tony Parker (France) Basketball; Ronaldinho (Brazil) Football; Tiger Woods (US) Golf.

Laureus World Sportsperson of the Year with a Disability
Marie Bochet (France) Skiing; Marcel Hug (Switzerland) Wheelchair Racing; Tatyana McFadden (US) Wheelchair Racing; Sophie Pascoe (NZ) Swimming; Sarah Louise Rung (Norway) Swimming; Olga Sviderska (Ukraine) Swimming.

Laureus World Action Sportsperson of the Year
Jamie Bestwick (UK) BMX; Bob Burnquist (Brazil) Skateboarding; Mick Fanning (Australia) Surfing; John John Florence (US) Surfing; Maya Gabeira (Brazil) Surfing; Shaun White (US) Snowboarding.

SKIP THIS AD ×