berita

‘Peminat Buktikan Masih Bersama Saya’ – Neelofa Respon Isu Kemenangan Besar Di AME2018

April 16th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Neelofa sememangnya antara pelakon dan usahawan berjaya yang sering menjadi perhatian netizen. Pelbagai kejayaan telah diraih termasuk yang terbaru Anugerah Top Meletop Era 2018. Namun, ramai netizen pertikaikan kemenangan Neelofa dan rata-ratanya menganggap anugerah itu syok sendiri.

Menerusi temu bual langsung bersama Berita Harian, ini respon Neelofa sendiri mengenai isu itu.

Temubual bersama Neelofa

Lofa tahu kemenangan itu ramai pertikaikan. Macam dia hos, dia menang, apa semua. Tapi tidak adil lah untuk orang bersuara sebegitu sebab  ini tahun kelima Lofa mengacara, baru tahun kedua Lofa menang.

Dan itu semua fans favourite, fans vote dan Lofa sendiri tak sangka untuk this year cause this year persaingan semua sengit dan i akui.

Peminat buktikan saya boleh menang

Kita semua tak tahu, tak boleh nak bajet siapa dia yang akan dapat. But then i know that, sebab kan benda benda terjadi, saya rasa fans saya lagi nak prove kan, we still here for you.

Kalau tiada fans saya, i dont think i can win. Even saya buat sorang diri pun, i dont think i can win.

Apabila ditanya mengenai undian sendiri, Neelofa sendiri akui tidak akan menang tanpa peminatnya. Harap selepas ini, tiada lagi pertikaikan kemenangan pelakon ini.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×