berita

Peminat Guna Hashtag #Aimanah #Kinahman, Respon Sharifah Sakinah Buat Netizen Gelak Besar!

December 16th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Pelakon Sharifah Sakinah memang antara pelakon yang sering dikaitkan dengan perwatakan gila-gila. Walaupun sering dilabel masuk air, dia tidak pernah kisah dengan komen negatif daripada mereka yang kurang senang dengan sikapnya itu. Kalau lihat telatah pelakon ini, memang tak kering gusi dibuatnya.

Terbaru, Sakinah memuat naik foto bersama Aiman Hakim Ridza untuk mempromosikan drama terbarunya Rumah No 10. Ramai netizen yang terhibur dengan kapsyen yang dibuat pelakon itu. Kapsyen apa itu?

Jangan gabung nama kami

Ni memang lain dengan cerita sebelum ni. Tak sabar nyaaaa dah siap cerita ni!  single,tunang,ngandung ,llepas pantang hero yg samaaaaaaaaaa je.  Tolongggghhhhla tolonglahhhhhhh jangan ada hashtag gabungan nama kami . Geli  #rumahno10
Director :@jureyrosli

Semua sedia maklum, gandingan mereka bukanlah pertama kali apabila pernah digandingkan dalam drama GF Aku Dari Neraka. Drama ini menjadi bualan ramai netizen yang rata-ratanya menganggap gabungan mereka sangat serasi sehingga ada yang membuat hashtag nama mereka bersama.

Namun, menerusi foto ini, Sakinah meminta agar peminat tidak menggabungkan nama mereka kerana dikatakan geli baginya. Memang semua terhibur dengan pemintaan pelakon itu.

Netizen terhibur

 

Sumber : Sharifah Sakinah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×