berita

‘Pendirian Beliau Nampaknya Tak Berubah & Masih Enggan Membuka Hatinya Untuk Azrene’

May 15th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Beberapa hari lalu penyanyi Datuk Fazley Yaakob dan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz telah berkongsi satu kisah di laman Instagram milik mereka. Kisah itu telah mendapat banyak perkongsian di setiap medium seperti di Twitter dan Facebook. Kisah itu juga turut dikongsi oleh adik Fazley iaitu Raf Yaakob.

Cerita kontroversi itu telah jadi bualan orang ramai seolah-olah tidak percaya dengan apa yang mereka baca itu. Berhubung dengan isu itu, Fazley menjelaskan tujuannya mendedahkan perkara yang diceritakannya.

Pendirian belum berubah, enggan buka hati untuk Azrene

Menerusi laporan Astro Awani, penyanyi Datuk Fazley Yaakob dan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz tidak akan berputus harap untuk memulihkan semula hubungan mereka sekeluarga dengan ibu Azrene, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tambah Fazley sebagai menantu, perkara yang diinginkan adalah untuk mereka sekeluarga jalani kehidupan seperti keluarga lain.

Saya tidak pernah putus memberi galakan kepada isteri agar terus mencuba memperbaiki hubungan mereka anak-beranak. Buat masa ini, hubungan dengan beliau masih tidak ada perubahan, tapi kami tidak akan berhenti mencuba dan berdoa.

Sehingga kini, pendirian beliau nampaknya tidak berubah dan masih enggan membuka hatinya untuk Azrene. Tapi sebagai anak, walau apa pun yang berlaku, kami sentiasa doakan dia dipelihara Allah dan tenang menjalani hari-hari mendatang.

Tiada niat untuk membuka aib sesiapa

Mengenai kisah yang didedahkan melalui sosial media baru-baru ini, Fazley menjelaskan bukan niatnya untuk membuka aib sesiapa, apa lagi mahu jadi anak derhaka. Tujuannya adalah untuk meluahkan rasa terpendam selama bertahun-tahun dengan harapan ia akan menjawab soalan ramai pihak.

Terlalu banyak yang terkesan dengan apa yang berlaku sebelum ini. Niat kami hanya untuk menjawab pertanyaan mereka yang sering bertanya tentang keluarga  kami, akhirnya mereka mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.

Malaysia harus bergerak ke hadapan dengan harapan baharu dan bukan dibayangi ketakutan. Sebagai rakyat Malaysia juga, saya tetap tidak lupa segala sumbangan yang telah dilakukan  kerajaan sebelum ini demi pembangunan negara.

Sumber: Astro Awani

Save

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

Most Read Today