berita

Penganjur AIM Baiki Kelemahan, Ganti Juruaudit

July 23rd, 2012 | by M
Kini Trending

“Setiap penganjuran itu tak semestinya sempurna, tapi kami mewakili pihak ‘Anugerah Industri Muzik (AIM)’ daripada masa ke semasa akan memperbaiki segala kesilapan agar perkara yang terjadi pada tahun lepas (Kes pemulangan trofi kemenangan Yuna) tak berulang kembali,” ujar En. Rosmin Hashim, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur RIM AIM 19 menjawab soalan media mengenai inisiatif pembaikan penganjuran AIM tahun ini.

“Kami memandang serius akan perkara itu dan melantik juruaudit penghakiman yang baru mengantikan Ernst & Young, iaitu KPGM,” tambahnya lagi.

Tambah beliau lagi, panel hakim-hakim akan dipilih daripada pengamal terkenal dari industri muzik tempatan dan dipengerusi oleh seorang Ketua Hakim. Pengurusan dan pentadbiran proses penghakiman tahun ini akan dikendalikan oleh MACOMM Management Services, sebuah firma profesional bebas yang pernah menyelia pentadbiran.

Beliau turut memaklumkan bahawa acara Anugerah AIM tahun ini akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari Sabtu, 17 November 2012.

“Oleh kerana Stadium Putra, lokasi acara anugerah tahun lalu tidak dapat digunakan kerana sedang diubahsuai, RIM dan rakan penyiarannya, Astro telah memutuskan untuk menganjur AIM di Stadium Melawati tahun ini. Kapasiti stadium tersebut adalah kecil sedikit daripada Stadium Putra tetapi cukup besar untuk menampung sejumlah besar peminat dan penyokong artis-artis dan industri muzik Malaysia untuk menghadiri Anugerah AIM secara langsung”, kata beliau lagi.

Bagi memastikan kelangsungan genre Hip Hop, pencalonan-pencalonan dari lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris kini dibenarkan berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan.

RIM percaya bahawa penganjuran acara anugerah yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada bakat-bakat yang berpangkalan di Malaysia akan membantu dalam merangsang kreativiti dan pembangunan dalam industri muzik tempatan.

Kategori-kategori Anugerah

Untuk tahun ini, RIM mengekalkan kategori-kategori di bawah untuk Anugerah AIM:

  1. Artis Baru Terbaik
  2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
  3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
  4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
  5. Kulit Album Terbaik
  6. Rakaman Album Terbaik
  7. Video Muzik Terbaik
  8. Lagu Pop Etnik Terbaik
  9. Lagu Nasyid Terbaik
  10. Lagu Rock Terbaik
  11. Lagu Pop Terbaik
  12. Lagu Hip Hop Terbaik
  13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
  15. Anugerah Kembara
  16. Anugerah Sri Wirama
  17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
  18. Lagu Terbaik
  19. Album Terbaik
The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×