berita

Pengarah Kecewa Filem Kapsul Diboikot ‘Orang Dalam’ Kerana Ada Tun Mahathir

September 9th, 2015 | by Wan | 6 comments
297
reads
Filem Tempatan

kapsultun

Minggu hadapan, filem terbaru berjudul Kapsul yang turut menampilkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mula ditayangkan di pawagam.

Rata-rata peminat filem tanah air nyata teruja dengan penampilan khas Tun di dalam filem terbabit. Terbaru, pengarah Kapsul meluahkan rasa kecewa di laman Facebook apabila filem terbabit seolah diboikot pada Festival Filem Malaysia ke-27 gara-gara adanya Tun Mahathir.

Faham-faham jela Tun kan ‘lantang’ mengkritik pentadbiran negara sekarang. Ikuti luahan Amru Najmi, pengarah filem ini.

Tiada isu politik langsung

tunmmmm

Menurut Amru, filem ini merupakan idea arwah Martias Ali yang tiada bersangkut paut dengan politik langsung malah 100% mengenai perjuangan bangsa Melayu.

Aku nak citer jugak.Aku tak peduli.Terus terang aku cakap dalam usia aku 42 tahun ni sekali jer aku pernah mengundi. Dan aku memilih dacing sebab kononnya aku nak bantu parti menang.

Tahun 2014 aku telah mengambil initiatif untuk menerbitkan sebuah filem perjuangan melayu bagi menyatukan bangsa ini.Sekurang-kurangnya aku tidak memekak menjadi keyboard warrior.

Dan memberikan sesuatu untuk bangsa aku melalui filem ini yang idea arwah Martias Ali ini mmg 100% untuk bangsa dan bukan ada isu politik langsung. Skrip beliau telah ditulis tahun 2009 dan tiada olahan dibuat selepas aku mengambilnya.

“Aku selalu dengar orang kata, politik ini kotor”

tunmm

Tambah Amru lagi, trailer filem lain yang bakal menjengah pawagam tak lagi ditayangkan semasa FFM27 namun Kapsul dinafikan haknya.

#ffm27 telah melukakan hati aku apabila hanya trailer Kapsul tidak ditayangkan. Bravo5, Polis Evo dan filem-filem lain semua ditayangkan.Aku memang dah agak,mungkin sebb Tun M ada dalam filem aku.Aku selalu dengar orang kata,politik ni kotor, dan baru aku perasan kenapa nama Bersih digunakan. Perjuangan harus diteruskan.

Filem Kapsul skrip 2009 ada kisah Tunku, Tun Razak, Najib masa muda dan Tun M. Jangan tanya kenapa PakLah takder…kenapa Najib skrg takder…sebbnya..ianya kisah KAPSUL dan skrip telah lama ditulis sebelum serangan dibuat oleh kedua pihak.

Itulah penjelasan aku…apa orang nak kata dan nak buat…terpulanglah..hanya Allah yang tahu.Tapi yang menyedihkan,msg untuk bangsa yang arwah buat ini adalah satu hasil yang amat terbaik.Sebb tu aku buat filem.

Sekiranya memang isu politik, ini janji Amru

Screen Shot 2015-09-08 at 7.57.17 PM

Aku bukan Skop Production atau GB atau Tayangan Unggul, dan aku tahu filem sejarah semuanya tak kutip duit.Tapi aku peduli apa. Atas dasar tanggungjawap pada bangsa, aku buat jugak dan habiskan jugak.Aku masih mencari sebb kenapa trailer ini tidak ditayangkan.

Tapi yang pasti, sekiranya ini isu politik, aku berjanji, 3 undi untuk BN akan hilang untuk next PRU (aku tak tahu nak pangkah saper dah). Dan sekiranya filem ini gagal, aku bersyukur pada Allah kerana memberikan aku rezeki menyiapkan sebuah filem untuk bangsa aku sendiri dan MENCIPTA SEJARAH. Sekian. www.filemkapsul.com#kapsulthemovie#filemkapsul p/s kalau orang atasan nak berlakon juga bagitahu la….aku takder contact korang

Filem kapsul menampilkan pelakon hebat tanah air seperti Faizal Hussein, Dato’ Rahim Razali, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi. Jom kita layan trailer filem ni dulu, macam menarik je.

Sumber : Amru Najmi Osman, FilemKapsul

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

6 Comments

  1. sshhhh says:

    alaa…mmg dr dl lg org umno ni x gne…ko br sedar ke??tu laa bl rakyat mcm aku ni memekak rmai macai y sokong najib..bl dh terkena btg hidung sndri br nk menggelupur…pirahhh..org camni sng je nk jual beli..org2 atasan sila bg pangkat ‘dato’ kat pengarah ni sure senyap..

  2. Kak Yam says:

    Takpe…kita ramai2 banjir panggung biar kapsul jadi satu-satunya filem berunsur sejarah yang meletup di box office. Biarlah masa tu siapa yang nak terasa.

  3. Bugger says:

    Walaupun logo filem ni hodoh.. Tapi aku yakin cerita ni menarik.. Shot ngan special effects based on trailer nampak bagus.. Harap best arr

  4. dayangxbunting says:

    ape yg org atas aku merepek ni? ko knp emosi semacam?

    • dayangxbunting says:

      ni komen aku tuk sshhhh..bio specific skit aku tulis..kang takut slh phm..harap cter ni kebabomm la..dr cter ntah ape2 kt wayang yg layak di bli dvd