berita

Pengasuh Adam Rayqal Mengaku Tidak Bersalah

July 13th, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Awal bulan lalu negara digemparkan dengan berita kematian seorang bayi lima bulan yang dipercayai didera oleh pengasuh. Lebih memeranjatkan pengasuh terbabit berbohong dan cuba menyembunyikan kematian bayi itu yang dijumpai di dalam peti sejuk.

Terbaru, tertuduh, Nur Aqilah, har ini didakwa atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepada dan melupuskan mayat mangsa.

Penjara maksima 20 tahun

Wanita tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam Rayqal didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala kanak-kanak berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya. Dia turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa supaya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur beberapa hari lalu mendapati punca kematian bayi Adam Rayqal akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung. Bukan tersedak susu seperti yang didakwa pengasuh terbabit.

Sumber: Harian Metro, Kosmo

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today