berita

‘Pengasuh Goncang Badan, Ketuk Kepala Adam Rayqal Kerana Menangis Sebelum…’

July 5th, 2018 | by faris
Kini Trending

Kematian bayi Adam Rayqal disahkan disebabkan kecederaan di bahagian kepala. Menurut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri serta pendarahan di bahagian kanan otaknya.

Bapa kepada salah seorang anak yang turut dijaga oleh pengasuh Adam pula dilaporkan berkata anaknya pernah melihat bayi malang itu diperlakukan dengan kejam.

Goncang hingga senyap

Menurut  Zian Hafiz Ahamad Zawati, bapa kepada kanak-kanak yang turut berada di bawah jagaan pengasuh yang menjaga Adam, anaknya memaklumkan dia ternampak pengasuh itu menggoncang Adam.

Anak beritahu dia nampak pengasuh goncang badan dan ketuk kepala bayi itu kerana asyik menangis. Beberapa minit kemudian, bayi itu terus senyap.

Zian berkata, kedua-dua anaknya, Ahmad Zayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua minggu lalu.

Mayat Adam kemudiannya dijumpai di dalam beg baju dibawa ibunya di bahagian freezer di rumah pengasuh berkenaan di Batu Caves, Selangor.

Tanya anak setelah bangun tidur

Tambah Zian lagi, ketika isterinya menjemput anak mereka pada 6.30 petang hari kejadian, pengasuh berkenaan tidak menampakkan tanda-tanda mencurigakan.

Apabila saya pulang ke rumah kira-kira 10 malam pada hari kejadian, isteri memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya, pagi semalam.

Apabila anaknya bangun, dia ada bertanya anaknya itu jika dia melihat sesuatu ketika berada di rumah pengasuhnya.

Sebaik bangun dari tidur kira-kira jam 9 pagi semalam, saya bertanya kepada anak sulung sekiranya dia ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh itu.

Zayyan memaklumkan dia melihat pengasuh berkenaan menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi itu kerana dia (Adam) asyik menangis sejak pagi sebelum tiba-tiba senyap.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×