berita

“Pengkid Bukan Punca Perkara Ini Terjadi!” – Adira Jawab Isu Putus

September 14th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Semalam, OHBULAN! mengeluarkan sebuah artikel tentang hubungan Adira dan Ag Coco yang telah goyah. Antara punca hubungan mereka goyah dikatakan berpunca dari orang ketiga.

Menurut sumber, Ag dikatakan telah keluar dan kini mempunyai hubungan yang istimewa bersama seorang selebriti juga. Namun ketika dihubungi oleh sumber yang terdekat dengan Ag, OHBULAN! diberitahu bahawa sebenarnya punca Ag beralih arah adalah disebabkan Adira telah kembali ke pangkuan ‘pengkid’.

Ketika dihubungi melalui aplikasi telefon bimbit, Whatsapp, sebentar tadi, Adira menafikan bahawa ‘pengkid’ adalah punca hubungan mereka retak.

“Pengkid bukan punca perkara ini terjadi! Benda itu sudah lepas, kenapa mahu diungkit kembali?” tegas penyanyi yang popular dengan lagu Ilusi ini.

“Memang langsung tak ada kaitan dengan pengkid atau siapa-siapa pun. Sekarang ini, Ag yang buat hal. Tanyalah Ag sendiri betul atau tidak sebenarnya dengan apa yang berlaku ni,” tambah Adira lagi.

Adira turut memberitahu, yang dia sememangnya memang tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pengkid. Itu semua hanyalah gosip yang ditimbulkan oleh pihak media semata-mata.

“Kalau nak tahu, saya memang tak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pengkid. Kawan itu ada lah.

“Sekarang ini pun saya betul-betul stress. Asal ada masalah begini, pasti dikaitkan dengan pengkid.”

SKIP THIS AD ×