berita

Pengkritik Muzik Indonesia Bidas K-Pop, Akui Muzik Indo Lebih Baik

September 25th, 2012 | by Ai
Hollywood

Kalau di Malaysia, kita sibuk dengan K-Pop yang tidak habis-habis dan OHBULAN! pasti, antara punca K-Pop menjadi pujaan adalah disebabkan paras rupa penyanyi K-Pop yang sememangnya cantik dan kacak belaka. Itu belum kira bentuk badan mereka lagi.

Fenomena Gangnam Style oleh Psy juga turut mempengaruhi bukan sekadar rakyat Malaysia, malah seluruh dunia apabila video parodi, dan nama Psy disebut-sebut walau dimana saja dia berada. Berlainan dari negara jiran, OHBULAN! rasa pengkritik muzik dari Indonesia, Bens Leo adalah antara yang pertama membidas mengenai fenomena yang sedang melanda.

“Jangan ngikutin Korea (KPop) lagi, kita bisa buat yang lain biar dunia bisa lihat,” ujar Bens Leo melalui detikHot.

Bens turut mempertahankan muzik mereka dan mengakui kualiti muzik Indonesia lebih baik dari K-Pop.

“Kalau mengikuti tren aja jadi buruk, kalau Korea sendiri yang menciptakan dan didukung negara. Harusnya Indonesia bisa seperti itu.”

Nampaknya, pemuzik Indonesia sememangnya mempunyai semangat yang kental. Walau apa pun, industri haruslah tulen dan tidak terlampau meniru, kan?

Untuk pengetahuan, Bens Leo adalah seorang wartawan serta pengkritik muzik dan hiburan Indonesia.

SKIP THIS AD ×