berita

Pengotor! Buang Sampah Dari Tingkap Rumah, Penghuni Warga Asing Di Malaysia Makin ‘Besar Kepala’

June 22nd, 2018 | by Wan
Kini Trending

Mungkin sudah tiba masanya penguatkuasaan yang menyeluruh dan hukuman berat dikenakan terhadap masyarakat yang sewenang-wenangnya membuang sampah di merata tempat. Bagai mencurah air ke daun keladi, pelbagai kempen kesedaran yang dilancarkan oleh badan kerajaan mahupun NGO seakan tidak mampu mengubah situasi ini.

Terbaru, tinjauan Alam Flora ke tapak lokasi yang dikatakan viral sisa pepejal tidak dikutip memeranjatkan ramai pihak.

Memang pengotor

MOHON SHARE! SHARE! SHARE!

MOHON LIKE, SHARE & TAG KEPADA RAKAN JIKA ANDA SAYANGKAN MALAYSIA!

Lawatan kejutan oleh CEO kami ke tapak lokasi yang dikatakan viral sisa pepejal tidak diurus dengan baik oleh penduduk di Jalan Baba, Cheras Batu 2 1/2 dan Taman Tenaga Kuala Lumpur. Dato’ Haji Mohd Zain Hassan menekankan penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku di negara yang kita cintai ini iaitu Malaysia.

Selepas dibersihkan masih lagi sikap penduduk membuang sampah dari tingkap tanpa menghiraukan siapa yang berada di bawah. Kata pekerja kami lagi bukan saja najis malah sisa lain seperti televisyen dibuang dari tingkat atas. Mujur tidak terkena pekerja kami yang bertugas di bawah. Malah pekerja kami berasa bimbang setiap hari sekiranya melalui jalan berkenaan ketika operasi. Trauma… trauma…

Diharapkan kita dapat melihat permasalahan ini agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan baik dan bijaksana.

‘Kerja’ penghuni warga asing

Hasil tinjauan Alam Flora, kebanyakan warga asing dipercayai warganegara Bangladesh dan Myanmar menginap di kawasan ini bukan sahaja tidak membuang sampah di tempat yang disediakan malah sewenang-wenangnya mencampak sisa makanan menerusi tingkap rumah mereka.

Walaupun telah dibersihkan, mereka tetap mengulangi perbuatan jijik ini. Persoalannya adakah warga asing di negara ini semakin melampau dan ‘besar kepala’? Undang-undang tegas perlu dikenakan terhadap mereka!

Sumber: Alam Flora

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today