berita

Penonton Kena ‘Jampi’ & 5 Momen Menarik Sekitar AJL32

February 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Anugerah Juara Lagu 32 berlangsung penuh meriah semalam dengan menobatkan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini cipaan bersama Ezra Kong sebagai pemilik trofi berprestij AJL. Memang sukar menjangka keputusan tahun ini kerana setiap finalis memang ada kehebatan masing-masing.

Mengambil tempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, ada benda yang berlaku di sepanjang majlis yang mungkin korang tak tahu. Check it out!

Corat-coret sekitar malam kemuncak AJL32

Sejumlah kira-kira lebih 20 orang krew diperlukan untuk mengeluarkan set Syamel bagi memberi laluan penyanyi seterusnya. Memang tangkas!

Penonton menjerit Sofi Jikan ketika melihat persembahan Azmi Caliph Buskers. Ada la iras sikit!

Sajat bikin havoc!

Personaliti media sosial, Sajat membuat ‘grand entrance’ sejurus selepas persembahan Hazama. Satu stadium bersorak menyambut kedatangannya. Malahan ketika mahu pulang, Sajat sempat membuat lambaian Miss Universe siap disorot limelight!

Vokal padu Salma memukau satu stadium dan mengundang jeritan selain standing ovation daripada komposer Ajai!

Syamel dedah rahsia penghayatan lagu sampai menang vokal terbaik

Standing ovation kedua diraih Ernie Zakri hasil dendangan mantapnya bersama Syamel, Aku Cinta.

‘Tengok muka dia dan feel’, itu komen Syamel bagaimana cara dia mendapatkan penghayatan untuk persembahan mereka.

Elemen bayang jadi pilihan bukan hanya Khai Bahar

Selain Khai Bahar yang merealisasikan konsep bayang seperti tajuk lagunya, elemen sama digunakan Ara Johari, Hael Husaini dan Salma Asis. Orang kata, great minds think alike.

Otai masih berbisa

Khai Bahar, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Ernie Zakri join sesi joget lambak apabila Datuk A. Rahman Hassan membuat persembahan kenanganku. Iqram Dinzly pun ikut sekali. Semuanya sporting, mentang-mentanglah debaran dah habis semuanya.

Menurut ketua juri, Azmeer, perbezaan markah antara juara dan tempat kedua sangat tipis iaitu kurang 4 markah. Namun beliau enggan mendedahkan nilai sebenar atas dasar profesionalism.

Gandingan Sherry Alhadad & Alif Satar dipuji

Keputusan penuh AJL 32

Persembahan terbaik: Altimet
Vokal terbaik: Syamel & Ernie Zakri
Tempat ketiga: Tergantung Sepi – Haqiem Rusli, Ibnu & Ghoufran
Tempat kedua: Sejati – Azmi Caliph Buskers, Faizal Tahir, Mike Chan
Anugerah Juara Lagu: Jampi – Hael Husaini, Ezra Kong

The following two tabs change content below.

Most Read Today