berita

Pentas Peragaan Lebaran Fashion Vanguard 2012

June 27th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pada 14 Jun 2012 yang lepas, telah berlangsungnya pentas peragaan Lebaran Fashion Vanguard 2012 yang bertempat di Blackbox, Publika Solaris Dutamas. Majlis pentas peragaan ini menampilkan tiga pereka muda tanah air iaitu Afiq Mohamed, Zakwan Anuar, Fizi Woo dan Izree Kai Haffiz.

Dalam majlis pentas peragaan lebaran ini, pereka fesyen Afiq Mohamed telah memilih fesyen 60an sebagai konsep untuk koleksinya, dimana beliau telah memberikan penekanaan terhadap potongan kolar dan cuff. Selain itu, beliau turut memilih warna palet seperti mustard yellow dan oren bagi mewarnai helaian koleksi lebaran beliau.

Sementara itu, koleksi yang diketengahkan oleh Zakwan Anuar adalah lebih berkonsepkan aura jelita tetapi bersifat misterius persis aktres jelita Rooney Mara. Ini menunjukkan bahawa Zakuan Anuar telah memilih aktres Rooney Mara sebagai sumber ilham untuk koleksi rekaan lebaran beliau pada tahun ini dan beliau telah memilih rona warna konvensional yang terang seperti memadukan rona merah, hijau dan hitam bagi menonjolkan lagi suasana elegan dan sofistikated.

Disamping itu, tirai peragaan fesyen lebaran ini telah dilabuhkan dengan sentuhan gaya elegan sepanjang zaman oleh Fizi Woo dan Izree Kai Haffiz. Duo pereka muda ini telah memilih eleman glamor disebalik gaya lembut dengan menghiasi koleksi-koleksi mereka dengan perincian lace .

Sumber : KL Fashion Scene, Sensasi Selebriti

SKIP THIS AD ×