berita

Pentingkan Masa Depan, Ini 5 Sebab Kenapa Korang Harus Mula Melabur Sekarang!

September 19th, 2017 | by Epul | 6 comments
93K
reads
9.7K
shares
Gaya Hidup

 

“Taknak melabur dari dulu, kalau tak duit korang dah banyak macam aku. Boleh beli rumah, kereta”

Tu lah korang, bila nampak duit orang lain banyak, belanja sana sini terus buruk sangka kata orang tu main nombor, pinjam ‘ah long’ dan macam-macam lagi. Padahal, taraf gaji korang sama je. Tapi, kenapa diorang macam ‘kaya cepat’? Rasanya baru kerja beberapa tahun? Haa, jawapannya dengan melabur lah!

Korang tau tak melabur pada abad ke-21 sekarang ni tak kira umur? Seawal umur 18 tahun, sesiapa pun boleh melabur walaupun sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan fikir melabur satu bebanan tapi ada manfaat contohnya meningkatkan tahap kewangan kepada lebih stabil. Nak tau apa lagi kebaikan pelaburan? Jom kita check out 5 sebab-sebab ni!

1. Boleh travel dengan hasil dividen dari pelaburan! Jimat duit korang!

Waktu ni paling sesuai untuk ‘pleasure‘ diri korang tu. Bila dah melabur banyak, mesti dividen terkumpul pun menggunung! Wah! Apa kata guna hasil dividen tu sikit untuk pergi bercuti bagi menenangkan fikiran tanpa usik duit sedia ada korang. Gunakan hasil dividen buat beli tiket, makan, tempat tinggal dan macam-macam lagi. Lagi untung kalau dividen korang banyak, boleh cover satu family! Syoknya!

2. Buat pelaburan bijak, cukup duit boleh kahwin!

Lately ramai netizen share tips kumpul duit cepat untuk kegunaan kahwin. Rata-ratanya dengan cara melabur. See! Sekarang korang nampak kan melabur bukan satu perkara baru? Dengan melabur, korang boleh jana duit dengan cepat dan banyak. Makin jadi trend kot!

Ajak bakal isteri atau suami korang melabur sekali, dapat jimat banyak untuk belanja perkahwinan dan paling best tak pakai duit mak bapak! Silap haribulan, boleh cover hampir semua perbelanjaan, kan jimat tu!

3. Untuk kegunaan kecemasan. Siapa tahu kan?

Takde siapa boleh agak apa akan jadi pada masa depan kan? Tiba-tiba korang sesak duit, banyak masalah, lepastu kena berhenti kerja, anak sakit dan macam-macam lagi. Pening kepala bila semua tu nak pakai duit…

Tapi, kalau korang melabur sejak beberapa tahun dulu, confirm dah banyak simpanan korang dan dividen pun makin naik. Boleh guna duit-duit tu bila waktu kecemasan macam ni! Jadi, start melabur sekarang!

4. Demi masa depan anda dan orang tersayang!

Berbalik kepada niat, pastikan korang tetapkan niat melabur tu untuk apa sebenarnya. Sama ada untuk beli rumah, kahwin, simpanan dan kegunaan masa depan korang atau yang tersayang. Agak-agak korang atau anak nak sambung belajar, boleh guna hasil simpanan dan dividen. Takde la meminjam duit orang!

Kalau korang tak keluarkan simpanan dan dividen sampai tua, mesti dah terkumpul banyak. Boleh pakai waktu korang dah tua dan bersara nanti. Siapa nak bagi korang duit bila dah tak kerja? Jadi, manfaatkan pelaburan korang sebaiknya!

5. Kawal nafsu berbelanja korang. Kalau tidak, tiap minggu shopping!

Bila melabur awal, secara tak langsung korang boleh mengawal tabiat berbelanja supaya lebih berdisiplin dan tidak menghabiskan duit gaji di awal bulan. Sebab apa, korang akan fokus bajet dan mula memotong kos bila perlu je. Bila dah ada komitmen, bajet shopping korang tu boleh ditukar kepada pelaburan. Hasilnya, korang akan dapat lebih duit dengan menyimpan!

Taktau nak melabur kat mana? Kami cadangkan pelan terbaik untuk korang!

 

Excited dah nak melabur? Jangan risau, tak rugi melabur. Lagi-lagi dengan pelan Pembiayaan ASB Maybank kerana Maybank mempunyai rangkaian terluas supaya korang boleh buat pembayaran balik dengan mudah dan selesa menggunakan Maybank2u!

Kenapa Pembiayaan ASB Maybank?

Nampak tak banyak perbezaan dari segi pulangan bila korang ambik pelan Pembiayaan ASB Maybank ni. Memang kita boleh simpan sendiri, tapi pulangan lebih banyak jika korang ambik pembiayaan ASB RM50,000. Nak tau apa lagi yang best bila korang melabur dengan Pembiayaan ASB Maybank?

Banyak lagi manfaat yang korang akan dapat…

Di Maybank, korang boleh melabur seawal usia 18 tahun hingga 65 tahun dengan minimum jumlah RM10,000 hingga maksimum RM200,000 untuk setiap pelabur dalam satu-satu masa termasuk baki pembiayaan ASB sedia ada yang belum dijelaskan (jika ada). Ataupun, terpulang pada korang mengikut jumlah yang diluluskan ASNB.

Buat korang yang tak tahu, tempoh pembiayaan yang diluluskan Maybank adalah sehingga 30 tahun atau sehingga umur 65 tahun mengikut mana yang lebih awal. Kekerapan pembayaran balik pulak boleh dibuat secara bulanan dengan pelbagai cara yang ditawarkan! Bila pelaburan korang dah matang, pengagihan pendapatan ASB dan bonus yang korang peroleh akan dikreditkan secara automatik dalam akaun pemegang unit ASB. Biasanya, tahun kewangan pelaburan ASB berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Pembiayaan ASB Maybank, layari laman web mereka. Cepat-cepat melabur untuk masa depan korang!

The following two tabs change content below.

Most read today

Recommended for you