berita

Penumpang Hura-Hara, Ratusan Lipas ‘Mengamuk’ Dalam Pesawat

October 17th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Boleh tak korang bayangkan tiba-tiba pesawat yang korang naiki itu ‘dikunjungi’ serangga besar ala ala ‘Snakes On A Plane’ gitu? Scary kan?

Macam admin sendiri, tak pernah terbayang pun benda ini boleh berlaku di dunia sebenar. Baru-baru ini, menerusi laporan World of Buzz, viral berita ratusan lipas ‘mengamuk’ dalam pesawat yang dihuni penumpang. Biar betul wehh?!

Pesawat dihimpuni ratusan lipas

Keadaan dua penerbangan antarabangsa menuju ke Kunming, China, mula menjadi hura-hara dengan kehadiran ratusan lipas ketika pesawat itu telah pun dalam perjalanan ke destinasi! Mana nak lari ni oii…!!!

Walaupun negara asal, tarikh penerbangan dan syarikat penerbangan yang terlibat tidak dinyatakan dalam laporan berita tempatan, kelihatan seperti salah satu pesawat yang dihimpit dengan situasi yang malang ini adalah milik syarikat penerbangan tempatan China, berdasarkan paparan foto inspektor kuarantin.

Sebaik sahaja pesawat mendarat, kakitangan kawalan serangga tiba dan bertindak melakukan proses penyemburan wap pada kedua-dua pesawat terbabit bagi membunuh serangga perosak tersebut.

Lipas Jerman weh

Menurut South China Morning Post, lipas yang terbabit dikenalpasti sebagai lipas Jerman, atau Blattella germanica. Macam rupa lipas yang ada kat Malaysia ni je? Macam ni beratus-ratus, bayangkan kalau semua lipas ini tengah terbang dalam flight tu, nightmare weh!!!

Sumber: World of Buzz, South China Morning Post

SKIP THIS AD ×