berita

Percaya Atau Tidak, Orang Malaysia Sanggup Beratur Panjang Demi 5 Perkara Ini! Gilalaaa…

September 21st, 2017 | by Epul | 7 comments
127.2K
reads
6.9K
shares
Gaya Hidup

Sebagai orang Malaysia, kita memang akan excited lebih bila nampak benda free, baru dan ‘viral’. Lepastu, mula lah ajak kawan sampai sanggup beratur panjang demi mendapatkan apa yang digilakan tu!

Sampaikan, ada yang rela ponteng kelas, tak datang presentation, mintak cuti dan sampai ada yang beli MC (opss) semata-mata nak beratur panjang jadi yang terawal! Kang lambat ramai orang, melepas atau habis pulak. Peluang sekali seumur hidup wei, takkan nak lepaskan?

Sejauh mana kegigihan korang tu? Jom check out 5 perkara yang orang Malaysia memang ‘gila’ nak dapatkan sampai sanggup beratur panjang… Unbelievable!

1. Beli tiket bola. Ada yang start beratur pukul 3 pagi kot!

Hanya lelaki faham betapa fanatik dan minatnya mereka terhadap sukan bola sepak. Siapa tengok Final Sukan SEA ke-29 haritu tau lah macam mana azabnya membeli tiket masuk ke stadium. Sampaikan ada yang beratur sejak pukul 3 pagi depan Stadium Shah Alam takut tiket habis. Itu semua sebab nak tengok perlawanan bola kat stadium, feelingnya lebih tau!

Final Piala Malaysia yang akan datang ni, taktahu lah macam mana pulak extreme penyokong setiap negeri nanti. Bagi diorang, tengok kat stadium lagi feel dan semangat nak bersorak tu berkobar-kobar sebab ada penyokong lain. Tak rasa beb tengok kat rumah jerit sorang-sorang! Hahaha…

2. Beli makanan yang tengah trend. Sanggup ni cari sampai pusing satu Malaysia!

Sebut pasal makanan, orang Malaysia memang terkenal dengan sifat ‘gila’ untuk mencuba menu baru yang ‘viral’ kat laman sosial. Dua tiga hari lepas ‘viral’, makin ramai orang nak beli sampai kena beratur. Contohnya, Kuih Keria Antarabangsa kat Melaka, Nasi Lemak Anak Dara kat Shah Alam, aiskrim dalam pasu, Durian McFlurry dan banyak lagi!

Konsepnya hanyalah menjual makanan biasa, tapi lepas ia diakui sedap dan disyorkan pengguna laman sosial, ia mula ‘viral’ serta menjadi bualan orang ramai sampai ke hari ini. Mula lah kaki makan merantau satu Malaysia nak cuba makanan yang ‘viral’ tu. Sedap ke tidak? Apa-apa pun, tekak dan rasa setiap orang berbeza-beza…

3. Nak signature artis. Lagi-lagi artis Kpop!

Sama macam negara lain, orang Malaysia pun fanatik dengan artis atau selebriti dalam mahupun luar negara ni. Tapi, paling ketara bila artis Korea atau Kpop datang. Lepas ambil gambar, nak mintak sign pulak. Tak kisah lah beratur 3 jam sekalipun, asalkan dapat sign artis kegemaran diorang tu…

Diorang bukan selalu datang, peluang sekali seumur hidup. Bila dah dapat autograf tu, tidur lena beb malam tu. Tenung la sampai 10 tahun akan datang… Baru-baru ni G-Dragon datang Malaysia buat konsert Act iii: Motte ‘Moment of Truth the End Kuala Lumpur’, siapa pergi? Ramai gila kan fans-fans dia beratur dari pintu masuk sampai parking!

4. Sale tudung, baju atau make-up. Perempuan memang gigih, kadang siap bawak geng!

Biasalah perempuan, semua benda kena up-to-date. Bila jenama tudung favourite diorang lancar produk baru, memang teruja siap tag kawan nak pergi beli. Tapi, harga tudung tu sebenarnya boleh beli 10 tudung kat kedai biasa. Tup-tup ada sale, berduyun datang sampai sanggup beratur hingga ke pintu masuk mall panjangnya! Nak beli sebab ada diskaun ni…

Yang lelaki pulak memang jarang shopping, tapi bila ada jenama buat sale kaw-kaw satu baju RM5, berduyun serbu! Cuma, waktu nak bayar tu azab lah beratur bukan main panjang lagi! Ni dah nak hujung tahun tak lama lagi mesti banyak jenama make-up buat sale penghabisan stok. Dah sedia ke? Lelaki standby duit dalam dompet je la… Huhuhu…

5. Beli smartphone baru launch, yang gila gajet jaga-jaga! Hehehe…

Jenis ‘gila gajet’ memang akan sentiasa up-to-date dengan gajet terbaru kat pasaran. Bila satu jenama tu nak lancarkan model terbaru, berduyun beratur kat store nak tengok dan beli terus kalau berkenan. Siapa tahu, ada diskaun atau free gift untuk 100 pembeli terawal? Tak ke bertuah tu? Samsung Galaxy Note 8 dah launch baru-baru ni, bila agaknya korang nak start beratur?

Sembang pasal gajet mesti korang bosan beratur lama sangat kan? Isi masa korang dengan idea kami ni…

Lama sangat beratur, mesti bosan kan? Oleh itu, korang memang patut dapatkan Samsung Galaxy Note 8 dengan pelan Ultimate Device dari U Mobile pada harga serendah RM2,429! Murahnya! Korang boleh langgan pakej terbaru dari U Mobile ni tanpa wang pendahuluan dan tiada ikatan kontrak pulak tu! Wow!

Nak tau apa lagi yang menarik korang boleh buat dengan Samsung Galaxy Note 8?

Samsung Galaxy Note 8 terbaru ni lebih nipis dilengkapi paparan skrin 6.3″ infiniti Super AMOLED malah dianugerahkan ‘best panel‘ oleh DisplayMate! Sebab itulah, korang boleh enjoy tengok video puas-puas. Tapi, tak puas kalau data tak cukup kan? Dengan pelan Ultimate Device dari U Mobilekorang akan dapat ciri Video-Onz™, data tanpa had percuma untuk streaming video!

Best betul kombinasi ni bila korang boleh layan video di skrin besar dengan data tanpa had percuma. Boleh layan 3 movie sambil beratur panjang menunggu!

Dengan ketebalan 8.6mm, Samsung Galaxy Note 8 dilengkapi 12MP Dual Camera dengan Dual Optical Image Stabilization (OIS) serta 2x Optical Zoom dan F1.7 Bright Lens yang membolehkan korang mengambil ribuan gambar berdefinisi tinggi dan cantik-cantik supaya boleh dimuatnaik dalam laman media sosial masing-masing!

Bukan tu je, ia turut dilengkapi ‘S Pen X Live Message’ yang mampu menghasilkan gambar rekaan yang boleh disimpan dalam format GIF. Apa lagi? Upload semua gambar-gambar cantik tu dalam laman media sosial dengan ciri App-Onz™ yang korang akan dapat dengan pelan Ultimate Device dari U Mobile! Sebab, tiap bulan korang dapat data tanpa had percuma untuk Facebook, Instagram dan Twitter. Bestnya!

Kalau korang ‘kaki travel’, Samsung Galaxy Note 8 ni memang sesuai sebab bateri Li-Ion 3,300mAh yang dah diperbaharui mampu bertahan lebih dari sehari! Sebab itulah korang kena ambik pelan Ultimate Device Plan dari U Mobile dilengkapi ciri Roam-Onz™ yang menawarkan data percuma untuk perantauan di 12 destinasi sehingga 8GB! Kini, tak perlu risau lagi kalau nak travel!

Kalau suka dengar lagu waktu travel, memang sesuai sebab korang juga akan dapat ciri Music-Onz™ dengan data tanpa had percuma disertakan dalam pelan Ultimate Device Plan dari U Mobile supaya membolehkan korang dengar lagu dari pelbagai platform rakan kongsi antaranya Apple Music, Spotify, JOOX dan banyak lagi! Bateri tahan lama, data pulak percuma!

Menarik kan Samsung Galaxy Note 8 yang terbaru ni? Kalau taknak beratur panjang semata-mata nak dapatkannya, korang pun boleh beli secara online di U Mobile Online Store! Jom bergaya dengan smartphone baru!

The following two tabs change content below.

Most read today

Recommended for you