berita

Percuma Tiket Movie Jurassic World Dan Trip Untuk Merasai Jurassic Experience Yang Best Gila Dari senQ!

May 8th, 2018 | by Azyanshor
Filem Antarabangsa

Para peminat tegar Jurassic World (2015) mesti excited tengok tajuk tu! Sebab, filem-filem Jurassic World ni tak pernah mengecewakan! Sentiasa buat kita berdebar-debar bila tengok. Kalau dah tengok yang pertama, mesti nak tengok yang seterusnya pulak kan?

Bukan tiket wayang je yang percuma, korang juga berpeluang untuk ke lokasi pengambaran Jurassic World dalam post ni. Jadi pastikan baca sampai habis ok!

Jurassic World: Fallen Kingdom ni pasal apa eh?

Ha, meh nak cerita sikit. Jurasic World: Fallen Kingdom ni mengisahkan empat tahun selepas kejadian di dalam movie sebelum ini, dimana Isla Nublar dan dinosaur-dinosour tu yang sebelum ini bebas, berdepan dengan ancaman daripada letusan gunung berapi.

Bekas pengurus theme park dan pengerusi Dinosour Protection Group Claire Dearing (Bryce Dallas Howard), berjaya memujuk bekas teman lelakinya dan bekas trainer dinosaur trainer di taman sebelum ini Owen Grady (Chris Pratt) untuk sama-sama pergi ke Isla Nublar dan menyelamatkan dinosour-dinosour tersebut!

Fuh, kalau dulu nak selamatkan orang dari dinosaur, sekarang ni nak selamatkan dinosour pulak! Mesti lagi berdebar-debar tengok! Jangan lupa tonton movie ni dekat wayang 7 Jun ni!

Kalau dapat tiket percuma sebelum movie ni ditayangkan lagi bestkan?

Ish mestilah lagi best! Korang berpeluang untuk memenangi sepasang tiket premiere Jurassic World: Fallen Kingdom ni! Peraduan ini bermula dari  8 – 27 Mei 2018 je tau! Senang pulak tu nak masuk. Korang hanya perlu

  1. Download Senheng App
  2. Log in akaun Plus One korang
  3. Sertai peraduan via’Promosi’

Macam mana pulak nak rasai pengalaman Jurassic World?

senQ nak belanja korang rasai sendiri aura Jurassic World ni di tempat pengambaraan filem ni! Bukan satu tapi 10/pax tau senQ nak kasi! Kempen ni tamat 31 Mei ni tau so korang jangan fikir panjang, cepat join contest ni!! Korang hanya perlu;

Beli apa-apa produk (minimum RM1000 dalam satu resit) dari mana-mana outlet senQ dan korang berpeluang untuk terbang ke luar negara secara PERCUMA hujung tahun ni! All-inclusive pulak tu! 

Pada masa yang sama, korang juga boleh dapatkkan baucar wang tunai sebanyak RM110 bila korang bayar menggunakan Citibank Visa Credit Card!

Ada lagi, korang juga berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM 2,000 bila korang membeli guna AEON Easy Payment!

Seramai 13 orang pemenang akan menerima wang tunai tersebut selama kempen ini berlangsung. Pemenang akan dipilih setiap bulan dan akan diumumkan pada minggu pertama pada setiap bulan di FB Senheng Official!

Maklumat lanjut korang boleh klik disini!

The following two tabs change content below.

Most Read Today