berita

‘Perempuan Dah Hilang Malu..’ – Ini Luahan Buat Gadis ‘Pecah Ovari’ Dengan Putera Mateen & Syed Saddiq

May 17th, 2018 | by faris
44.6K
reads
Kini Trending

Nama Putera Mateen anakanda Sultan Brunei dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi sebutan gadis-gadis dan pengguna media sosial lantaran kekacakan masing-masing. Tidak hairanlah kedua-dua mereka mengumpul pengikut yang ramai di saluran itu.

Minat yang ditunjukkan oleh segelintir peminat mereka ini kadangkala dianggap berlebihan sehingga menggambarkan dengan istilah ‘ovari pecah’ apabila melihat kedua-dua jejaka ini.

Kau hilang hormat pada dua adam ini

Seorang remaja yang melihat ‘sindrom ovari pecah’ dalam kalangan peminat kedua-dua lelaki ini meluahkan pandangannya dengan catatan berbentuk nasihat kepada gadis-gadis di luar sana.

Antara lain dia menyebut gadis sekarang bagaikan hilang malu dan rasa hormat kepada Putera Mateen dan Syed Saddiq yang ditugaskan untuk memimpin rakyat. Apa yang dilakukan peminat mereka sedikit sebanyak menyukarkan tugas mereka sendiri.

Jaga nafsu yang menjadi nakhoda tindak-tanduk

Bila berjaya, jangan kata YB, Menteri Pertahanan pun pandang

Sumber: Hajarthegreat

The following two tabs change content below.

Most Read Today