berita

‘Perempuan Hitam Tak Sedar Diri’ – Pernah Diejek Berkulit Gelap, Gadis Ini Buktikan ‘Cantik Itu Subjektif’

January 14th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sudah menjadi fitrah setiap orang sukakan kecantikan lebih-lebih lagi wanita. Tidak dinafikan, ramai diantara kita yang mendefinisikan seseorang itu cantik apabila berkulit cerah, kurus, tinggi dan flawless sahaja. Perkara ini telah membuka peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan yang belum tentu selamat.

Di twitter, gadis ini berkongsi pengalaman pernah diejek gara-gara kulitnya yang gelap. Sehingga kini, beliau masih lagi menerima komen negatif di laman sosial.

Tiada masalah jika berkulit gelap

Orang Melayu kita kena berhenti fikir yang berkulit putih itu cantik. Saya Melayu dan saya rasa saya kelihatan cantik berkulit gelap. Tiada masalah langsung jika berkulit gelap. Hanya Melayu yang obses nak jadi putih dan buatkan orang yang berkulit gelap ini rasa rendah diri. Dah 2018 tapi orang Melayu kita masih sama.

Orang komen ‘Asal hitam sangat?’

Pernah diejek ‘Perempuan hitam tak sedar diri’

Wajah tanpa mekap

Fuh, admin tengok cantik je dia. Tak semestinya berkulit gelap tu tak cantik, cantik kan subjektif.

Sumber : Twitter HaneesyaHanee

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×