berita

Perkahwinan Che Ta Ditaja Sepenuhnya?

June 25th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Che Ta

Nampaknya rezeki dramatis bergetah, Rozita Che Wan dan Zain Saidin memang mencurah-curah sehingga boleh dikatakan semua persiapan untuk majlis perkahwinannya sudah ada yang sudi menaja.

Menerusi laporan Utusan Online, Rozita atau lebih selesa dipanggil Che Ta mengakui sudah ada beberapa penaja yang sudi membantu dari segi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya.

Cuma satu sahaja barang yang belum mendapat penajaan iaitu cenderamata untuk tetamu. – Che Ta

Walaupun begitu, bakal pengantin ini masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar majlis perkahwinannya namun apa yang difahamkan ia bakal berlangsung pada penghujung tahun ini.

Berkenaan dengan tarikh, masih rahsia. Tunggu sahaja, kami akan mengumumkan tarikh sebenarnya dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Zain-Serius-Che-Ta

Che Ta mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan sebelum ini dan katanya selesa memilih Zain Saidin yang muda 13 tahun darinya kerana menganggap lelaki itu cukup memahami.

Untung sungguh jadi Che Ta, sudahlah cantik, bakal suami kacak dan tak perlu nak pening-pening fikir pasal persiapan majlis perkahwinan kerana semuanya telah tersedia.

OHBULAN! cukup pasti majlis mereka nanti bakal menjadi ‘Wedding of the Year, kan? Apapun, kita tunggu sahajalah nanti ya.

SKIP THIS AD ×