berita

‘Perkara Yang Perih Adalah Menerima Sebuah Kenyataan’ – Ardell Aryana

June 29th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Umum sedia maklum hubungan antara pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana adalah rakan baik. Nadzmi Adhwa menerusi kapsyen Instagram miliknya memberi kata-kata semangat buat Ardell Aryana seolah rakannya ini sedang sakit.

Pun begitu, Nadzmi Adhwa tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana dan hanya berkongsi berita yang rakannya ini bakal menjalani rawatan terapi.

Kau kena kuat teruskan perjuangan

Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. Aku sahabat kau, kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay. jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi. kau boleh punya aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang .

Mohon jasa baik semua

Bagaimanapun, Nadzmi Adhwa memaklumkan netizen agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh memburukkan keadaan sekali gus mengundang fitnah. Sementara itu, Ardell Aryana masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung sakitnya itu.

Harapan itu boleh dibina

Perkara yang perih adalah menerima sebuah ” kenyataan “.
Bertahun menerima sebuah kenyataan .. tidak mungkin kau mula menyerah sekarang! tetap bersemangat walau beribu kali engkau rebah lutut & tapak tangan jatuh ke tanah kerana tanah dan kita akhir nya bersama .

Dan apabila bersoal tentang HARAPAN… HARAPAN itu boleh dibina tapi tidak dengan BERHARAP kerana jika engkau terlebih berharap lebih dari membina sebuah harapan “ engkau akan kecewa “ dengan 1 kemungkinan yang takdir nya berbeza dengan apa yang engkau berharapan . “Tidak mengapa untuk BERSERAH, asal kan tidak MENYERAH !

Sumber: Nadzmi Adhwa, Astro

SKIP THIS AD ×