berita

‘Perkhidmatan Individu Itu Ditamatkan’ – Isu Dilarang Solat Waktu Kerja, Kedai Sukan Terkenal Beri Penjelasan

January 19th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Semalam kecoh di media sosial apabila sebuah kedai sukan berjenama di ibu kota teruk dihentam netizen. Seorang lelaki telah berkongsi perbualan whatsapp group dimana penyelia kedai itu tidak membenarkan pekerjanya solat.

Penyelia itu turut menyuruh pekerjanya itu berhenti kerja sekiranya tidak boleh menerima peraturan ditetapkan. Terbaru, pihak kedai itu sudah memohon maaf atas kesilapan pekerjanya itu. Dia juga sudah membuang individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Tak boleh solat

Kami tak boleh terima

Menerusi perkongsian seorang lelaki di Facebook, dia meminta pihak kedai sukan itu memberi penjelasan mengenai isu ini. Orang Islam tidak dibenarkan solat dan jika tidak mahu mengikut peraturan boleh letak jawatan. Perkongsian itu membuatkan ramai netizen yang bengang dan beranggapan penyelia itu seorang yang bersikap perkauman. Walau bagaimanapun, pihak kedai sukan itu sudah memberi kenyataan baru.

Permohonan maaf secara terbuka

Kami memahami sentimen yang mengetengahkan perihal JD Sports Pavilion yang menolak hak pekerja kami untuk menunaikan solat mereka. Kami ingin memaklumkan dan menjamin semua pelanggan, rakan-rakan dan rakan kongsi yang beragama Islam bahawa ini bukan polisi yang kami amalkan, dan ianya merupakan tindakan seseorang individu yang melanggar falsafah syarikat JD Sports. Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang kelakuan yang tidak menghormati hak budaya dan agama masing-masing.

Kami telah menyiasat kejadian ini dan mengenalpasti staf yang bertanggungjawab atas hal ini. Perkhidmatan individu tersebut telah ditamatkan serta-merta atas salah lakunya selepas melaksanakan siasatan dalaman secara terperinci.

Walaupun JD Sports merupakan sebuah syarikat antarabangsa, kami akan terus menerap dan menjaga nilai budaya serta kepercayaan agama masing-masing. Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tingkah laku yang melibatkan unsur-unsur diskriminasi dan akan terus mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan prinsip dan nilai ini.

Sumber : Jd Sport

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×