berita

Permintaan Diana Danielle Sebelum Lahirkan Bayi Sulung

July 1st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Diana Danielle  1

Sebelum ini dunia hiburan tempatan kecoh dengan penyebaran sekeping foto yang menunjukkan pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil sedang mendukung seorang bayi lelaki sehingga ada yang menyangka isteri pelakon tersebut, Diana Danielle telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Akan tetapi, segala spekulasi itu telah dibidas oleh Farid menerusi sebuah video Keek, di mana menerusi video tersebut pelakon ini telah menyatakan bahawa bayi sulungnya itu dijangka akan lahir pada pertengahan Julai ini.

Artikel Berkaitan :

Memandangkan hari ini telah memasuki bulan Julai, jadi pastinya ramai peminat sudah tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata pertama pasangan ini dan menerusi laman Instagram, Diana turut memohon agar semua rakan dan ahli keluarga mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Diana Danielle

Diana Danielle & Farid Kamil

Diana & Farid ketika berbulan madu

Menerusi respon peminat dilaman berkenaan, ramai antara mereka mendoakan keselamatan pelakon ini dan berharap agar segala-galanya berjalan dengan lancar.

Tidak kurang juga ada yang menasihati Diana supaya memperbanyakkan doa serta zikir agar semuanya dipermudahkan.

Diana Danielle copy

Apa pun, OHBULAN! sendiri sudah tidak sabar untuk melihat kehadiran bayi sulung Farid Kamil dan Diana Danielle. Diharapkan agar semuanya selamat dan berjalan dengan baik.

Untuk makluman, pasangan ini telah selamat bernikah pada 3 November 2012, di Hotel Flamingo, Ampang.

SKIP THIS AD ×