berita

Norish Karman Fail Tuntutan RM3 Juta

May 16th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Norish Karman

Permohonan pelakon terkenal, Norish Karman yang memfailkan tuntut harta sepencarian sebanyak RM3 juta terhadap Datuk Hashimuddin Abdul Kadir terpaksa ditangguhkan pada 24 Jun depan selepas bekas suaminya itu gagal hadir memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Menurut peguam syarie Datuk Amli Embong yang mewakili Norish, sejak kes tersebut difailkan pada 2009 yang lalu, defenden (Datuk Hashimuddin) langsung tidak hadir ke mahkamah untuk memberi sebarang keterangan berkaitan kes tuntutan berkenaan.

Hari ini sepatutnya untuk defendan beri keterangan, namun dia tidak hadir begitu juga peguam defendan (Ahmad Burok) tanpa sebab dan makluman.

Defendan pernah bercadang untuk selesaikan kes di luar mahkamah, namun selepas itu terus senyap. – Sinar Harian

Menurut laporan yang sama, Norish atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman terpaksa memfailkan permohonan itu selepas kaedah melalui sulh (perbincangan secara baik) yang dibuat dengan Hashimuddin gagal mencapai kata sepakat.

Untuk makluman, pelakon berbakat ini pernah bernikah dengan Datuk Hashimuddin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, pada 15 Julai 2008.

SKIP THIS AD ×