berita

Pernah Digelar ‘Badak Sumbu’, Gadis Ini Berjaya Kurus Dengan Tips Diet Ini

July 17th, 2017 | by Shafika | 0 comments
29.3K
reads
4.9K
shares
Kini Trending

Kalau cakap pasal kecantikan, memang berpusu pusu orang nak jadi cantik. Yang penting cantik dalaman. Jangan sebab orang tak cantik, kita dengan sewenangnya menghina ciptaan Allah. Betul tak?

Macam perkongsian gadis ini, dihina badak sumbu ketika dirinya gemuk. Lihatlah perubahan sekarang. Memang jauh beza. Jom ikut tips gadis ini!

Aku ingat aku jumpa badak

Dulu pernah la kenal sorang laki kott FB.
Dia duk ajak bercinta lar.
Sekali jumpa tu dia mai dengan kawan.
Duk gelak dengan kawan dia tu.
Rasa daa duk gelak sebab aku gemok la tuuu.

Pastu balik umah dia buat – buat silap antar mesej.
Masa tu whatsapp tak wujud lagi.
kata dia “Aku ingat badak yang aku jumpa”.
Tu diaaaaa. Badak dia panggil aku.

Kita ni cakap la tak payah nak buat – buat salah hantaq mesej lar.
Tak tau lagu mana aihh terus jujur keluar abihhh badak air, badak sumbu, gorilla.
Menangisss la kita masa tu.

Paaa lagi login FB, block dia.
Habis ceghita.

Tapi tak rasa nak kuruihhh pon masa tu.
Setia tunggu jejaka mai terima masa kita gemok.
Dia terima kita ikhlas kita kuruihh la untuk dia.
Jaga leklok dia jangan duk sedap bila orang terima kita pon duk sedap makan tak hingat dunia.

Tulus ikhlas,
Badak Sumbu.

Cantiknya!

Tips kurus

Hari 1

RESEPI CUCUR AYAM
1 Ketul Dada Ayam*
2 Biji Telur*
2 Biji Lada*
1 Biji Bawang Merah*
1 Ulas Bawang Putih*
1/2 Sudu Teh Blackpepper (tumbuk kasar)*
Daun Bawang
Garam Secukup Rasa

-Blend bahan bertanda *
-Masukkan daun bawang dan tambah garam.
-Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Siap.

Hari 2

RESEPI SALAD AYAM
Salad
1 Ketul Dada Ayam (Rebus)
1/2 Sudu Teh Blackpepper
1 Biji Telur (Scramble Egg)

RESEPI TAUGEH GORENG
Taugeh
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa

-Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan taugeh dan tambah garam. Siap.

Hari 3

RESEPI SALAD AYAM
Salad
1 Ketul Dada Ayam (Rebus)
1/2 Sudu Teh Blackpepper
1 Biji Telur (Scramble Egg)

RESEPI TAUGEH GORENG
Taugeh
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa

-Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan taugeh dan tambah garam. Siap.

Hari 4

RESEPI CUCUR UDANG
1 Ketul Tauhu (hancurkan)
2 Biji Telur
5 Ekor Udang
1/2 Sudu Teh Blackpepper 
Daun Kucai
Garam Secukup Rasa
-Campur semua bahan. Siap untuk digoreng.RESEPI SUP AYAM
Ayam
Rempah 3 Serangkai*
1 Jnci Halia*
1 Biji Bawang Merah*
1 Ulas Bawang Putih*
Garam Secukup Rasa

-Tumis bahan bertanda *
-Masukkan ayam. Tambah air dan garam. Tunggu sehingga masak. Siap.

RESEPI KAILAN GORENG
Kailan
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa

– Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan kailan dan tambah garam. Siap.

Hari 5

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT
1 Dada Ayam (potong dadu)
1 Sudu Teh Kunyit
Garam Secukup Rasa
2 Biji Lada 
1 Ulas Bawang Merah
-Perap ayam dengan kunyit dan garam selama 5 minit.
-Goreng ayam sehingga garing dan masak.
-Akhir sekali, masukkan lada dan bawang. Siap.RESEPI BAYAM GORENG
Bayam
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa

-Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
-Masukkan bayam dan tambah garam. Siap.

 Hari 6

RESEPI TOMYAM PUTIH
Ayam
1 Batang Serai
4 Helai Daun Limau Purut
2 Biji Lada
1/2 Biji Bawang Besar
Garam Secukup Rasa

-Rebus semua bahan sehingga ayam masak dan tambahkan garam. Siap.

RESEPI PAK CHOY GORENG
Pak Choy
1 Ulas Bawang Putih*
1 Biji Bawang Merah*
2 Biji Lada*
Garam Secukup Rasa

– Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
– Masukkan pak choy dan tambah garam. Siap.

Hari 7

RESEPI CUCUR AYAM
1 Ketul Dada Ayam*
2 Biji Telur*
2 Biji Lada*
1 Biji Bawang Merah*
1 Ulas Bawang Putih*
1/2 Sudu Teh Blackpepper (tumbuk kasar)*
Daun Bawang
Garam Secukup Rasa

-Blend bahan bertanda *
-Masukkan daun bawang dan tambah garam.
-Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Siap.

Sumber : Nik Yam Chik Zainab

Comments are closed.