berita

PETRONAS Lancar Kempen Mesra Bonanza, Rebut Lebih 150 Hadiah Hebat!

April 20th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Korang yang pakai kereta, biasa isi minyak kat mana? Ke tak pernah kisah isi minyak kat mana-mana, asalkan terisi? Rugilah korang kalau tak isi minyak kat PETRONAS. Lagi rugi kalau korang tak mendaftar sebagai ahli Kad Mesra PETRONAS. Sebab apa kitorang cakap rugi? Haa, baca artikel ni sampai habis!

Peraduan mudah, banyak hadiah menarik jadi rebutan

Baru-baru ni, PETRONAS ada melancarkan kempen Mesra Bonanza sebagai ganjaran buat pelanggannya dengan menawarkan lebih 150 hadiah menarik untuk direbut setiap bulan! Bermula 16 April hingga 31 Disember 2018, setiap swipe Kad Mesra di PETRONAS melayakkan peluang untuk korang menang tau!

Korang hanya perlu berbelanja minimum RM30 sama ada isian minyak atau belian barangan di Kedai Mesra dan swipe Kad Mesra untuk melayakkan diri memenangi hadiah bulanan. Kalau nak menang hadiah utama, korang kena berbelanja RM500 dalam masa 2 bulan. Macam senang, macam susah… Macam mana tu? Tak faham?

Kami ajar tips nak menang. Baca betul-betul setiap step ni okay!

Untuk kempen Mesra Bonanza PETRONAS ni sebenarnya ada dua kategori. Sama ada korang layak menang hadiah bulanan atau hadiah utama. Nak lagi senang dan menang hadiah-hadiah semua tu, follow tips kat bawah ni ya!

Hadiah bulanan
Belanja RM30 (minyak+barangan di Kedai Mesra) dalam satu resit dan jangan lupa swipe Kad Mesra! Korang terus layak untuk dapat 10 penyertaan!

Hadiah Utama 1
Belanja RM500 dalam masa dua bulan berturut-turut (minyak+barangan di Kedai Mesra) dan swipe Kad Mesra untuk setiap transaksi.

Hadiah Utama 2
Korang kena berbelanja RM500 dalam masa 2 bulan berturut-turut untuk minyak PETRONAS Primax 97 saja dan swipe Kad Mesra untuk setiap transaksi.

Kredit gambar: Paultan.org

Baaanyak hadiah menarik menanti korang tau kalau korang ikut step-step kat atas ni! Katanya mewah-mewah hadiah dia! Fuh!!!

Apa je hadiah yang ada? Nak tau jugak…

Dah tau step nak menang, mesti nak tau apa hadiah yang ada kan untuk kempen Mesra Bonanza PETRONAS ni? Admin kongsi sikit… Meleleh beb tengok hadiah ni semua!

Hadiah Bulanan – RM1000 point Mesra, baucer beli-belah Watson dan Lazada, smartphone, GoPro dan Lego
Hadiah Utama 1 – Skuter, Samsung SmartTV, pakej percutian bernilai RM20,000 dan wang tunai RM50,000
Hadiah Utama 2 – Pakej melancong ke F1 di Silverstone UK, Abu Dhabi (UAE) & Melbourne Australia

So, mana satu hadiah yang korang berminat? Jom ke PETRONAS dan swipe Kad Mesra korang!

Fuh, senang betul nak menang hadiah-hadiah dalam kempen Mesra Bonanza PETRONAS ni kan? Cuma pergi PETRONAS, isi minyak atau beli barang kat Kedai Mesra minimum RM30 atau RM500 untuk 2 bulan. Boleh menang smartphone, pakej percutian bernilai RM20,000, wang tunai RM50,000 dan banyak lagi!

Berbaloi betul jadi ahli Kad Mesra PETRONAS kan? Kalau belum mendaftar, cepat-cepat ke PETRONAS guys! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Mesra Bonanza PETRONAS, layari laman web MyMesra atau ikuti PETRONASBrands di Facebook, Instagram dan Twitter! #MesraBonanza

Jangan lupa, swipe Kad Mesra korang kat PETRONAS untuk setiap transaksi tau!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×