berita

Petua Cantik Tradisional

May 21st, 2012 | by Ai | 7 comments
484
reads
5
shares
Gaya Hidup

Pelbagai cara yang ada untuk seseorang wanita tampak cantik diluar sana. Atas sebab itu, terdapat pelbagai produk yang telah dihasilkan di pasaran demi memenuhi kehendak wanita untuk mengekalkan kecantikan mereka. Akan tetapi untuk tampil cantik dengan cara yang lebih mudah adalah dengan mengikuti beberapa tips dan petua tradisional.

  • PETUA KULIT LICIN :

Petua untuk kulit kelihatan licin ialah dengan mengambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah sebelum anda tidur dan cuci pada keesokkan harinya.

  • PETUA MENGHALUSKAN KULIT WAJAH :

Campurkan madu lebah bersama putih telur dan kemudian sapukan pada muka anda seperti masker dan biarkan sehingga kering lebih kurang 30 minit, kemudian bilas dengan air suam atau air basuhan beras.

  • PETUA MENGHILANGKAN KULIT BERSISIK :

Campurkan hampas kelapa dengan air asam jawa dan sapukan pada kawasan yang bersisik tersebut. Kemudian gosok-gosokkan pada bahagian tersebut sebelum mandi. Ia boleh dilakukan seperti mandian lulur.

  • PETUA MELEBATKAN BULU KENING :

Bakar buah keras hingga hitam kemudian hancurkan, campurkan dengan sedikit minyak masak kemudian sapukan pada bahagian bulu kening.

  • PETUA WAJAH PUTIH GEBU :

Campurkan 5 sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur kampung  kemudian maskerkan pada muka hingga kering.

Diharap petua yang kami kongsikan ini serba sedikit dapat membantu anda si pembaca blog Ohbulan mengekalkan serta mengembalikan kecantikan wajah anda. Selamat mencuba.!!