berita

Poligami Punca Ashraf Muslim Letak Jawatan Dari Pusat Rawatan Islam?

June 7th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Ashraf Muslim-1

Satu berita yang mengejutkan, Rabu lalu menerusi laman web rasmi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf Muslim dikatakan telah meletak jawatan dan kini bukan lagi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di pusat rawatan itu.

Menerusi pengumuman yang sama, Ashraf juga telah meletakkan jawatan Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah. Menariknya, perletakan jawatan ini telah pun berkuat-kuasa pada tanggal 2 Jun, lima hari yang lepas.

Screen Shot 2013-06-07 at 9.48.58 AM

“Untuk makluman semua, mulai 2nd june 2013, Mohd Ashraf Muslim tidak lagi menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Beliau juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

Kami mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan dan usaha beliau. Ucapan selamat maju jaya kepada beliau di dalam kerjaya di masa hadapan.”

Bagi yang tidak tahu, pusat rawatan Islam yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur itu dimiliki oleh bapa mertua Ashraf sendiri, Lokman Abdul Hamid, 52. Ashraf telah berkahwin dengan anak Lokman iaitu Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi.

Menurut sumber-sumber, perletakan jawatan ini berpunca dari isu poligami yang timbul sebelum ini.

SKIP THIS AD ×