berita

Polis Nafi Pelajar UiTM Jatuh Buaian, Ini Pula Respon Rakan Mangsa

July 17th, 2018 | by faris
Kini Trending

Negara dikejutkan dengan kematian seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil disebabkan tergelincir dari besi balkoni ketika sedang bersembang. Bagaimanapun ada dakwaan mengatakan mangsa terjatuh dari buaian (hammock) yang digantung pada tingkat empat bangunan asramanya.

Artikel berkaitan: Pelajar Maut Jatuh Tingkat 4 Kerana ‘Hammock’?

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh pihak polis yang menjelaskan punca kematian adalah disebabkan oleh terjatuh dari balkoni tersebut.

Hammock tiada kena-mengena

Menurut pihak polis seperti dilaporkan Harian Metro, gambar yang tular di media sosial berhubung kejadian bukan buaian, namun sengkuap (awning) di bangunan asrama berkenaan.

Itu bukan ‘hammock’ (buaian). Itu adalah awning (sengkuap) yang dipasang di balkoni setiap tingkat bangunan bertujuan menghalang tempias ketika hujan. Ia (hammock) tiada kena mengena dengan kes ini.

Siasatan awal mendapati mangsa bersama rakannya sedang bersembang di balkoni bilik asrama terbabit.

Pihak polis menerima panggilan pada jam 11.32 malam berhubung kejadian itu.

Menurut keterangan rakannya yang juga saksi kejadian, mangsa sedang berbual menerusi telefon bimbit sambil duduk di atas palang besi balkoni menghadap ke luar bangunan.

Bagaimanapun, mangsa tergelincir dari besi itu sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ini pula dakwaan rakan asrama

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali pula mendakwa mangsa ada memasang buaian berkenaan di balkoni biliknya sejak beberapa minggu lepas.

Tambah rakan mangsa lagi, mangsa sering berbaring dalam buaian berkenaan dan dapat disembunyikan daripada pengetahuan pihak asrama. Hanya segelintir pelajar lelaki yang mengetahui perkara itu.

Difahamkan, dia memasang buaian terbabit di balkoni tingkat empat asrama berkenaan. Selain dia, ada juga beberapa pelajar lain yang buat perkara sama, tetapi mungkin nasib tidak menyebelahinya (mangsa).

Ada juga beberapa kali pelajar lain nasihat, tapi dia tak hiraukannya.

Sementara itu, seorang rakan lain yang enggan dikenali berkata, mangsa keluar ke balkoni untuk membuat panggilan telefon kepada ibunya. Bagaimanapun, difahamkan ibu mangsa tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada arwah anaknya itu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×