berita

Polis Nafi Pemandu Bas RapidKL Sudah Meninggal

August 17th, 2018 | by faris
Kini Trending

Malam semalam kecoh di laman sosial apabila pemandu bas RapidKL dirakam melanggar lari dan memandu secara melulu. Insiden tersebut dipercayai berlaku di kawasan Keramat berdekatan dengan sebuah kilang hinggalah berakhir di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Artikel berkaitan: Saksi Tampil Ceritakan Situasi Bas RapidKL Langgar Lari

Pemandu bas berkenaan kemudiannya dipukul oleh orang ramai sehingga dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke hospital.

Keluar hospital petang ini

Pemandu berkenaan yang dikatakan sudah meninggal sebenarnya masih dirawat di hospital. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mengesahkan berita itu dan menafikan mesej viral di media sosial yang mendakwa pemandu itu telah menghembuskan nafas terakhir.

Pemandu itu tidak meninggal dunia dan akan keluar daripada hospital pada 3 petang.

Dia mengalami kecederaan di kepala dipercayai dipukul semasa ditangkap oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Polis akan siasat jika ada laporan kena pukul

Tambah Zulkefly, pihak polis akan menyiasat jika pemandu bas berkenaan ada membuat laporan polis dia dipukul dalam insiden jam 8.30 malam semalam itu. Selain itu, polis turut memaklumkan tiada penumpang berada dalam bas Rapid KL berkenaan.

Berita yang diterima. Subjek (pemandu bas) telah meninggal dunia. Berita sebentar tadi diterima dari ‘group’. Al Fatihah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×