berita

‘Polis Silap Buat Ujian Air Kencing’ – Nadzmi Adhwa Tegaskan Dia & Adiknya Tidak Bersalah

December 8th, 2017 | by aizam | 0 comments
8.8K
reads
338
shares
Isu & Kontroversi

Bulan lepas kecoh mengenai isu pelakon, Nadzmi Adhwa yang ditahan polis kerana memiliki dadah. Dalam kejadian itu, pihak polis telah menjumpai bahan terlarang iaitu ganja dalam kereta seorang pelakon disebuah stesen minyak di ibu kota. Turut ditahan ketika itu adalah adik dan seorang lagi rakannya.

Hasil ujian air kencing yang dibuat ketika itu mendapati ketiga-tiga individu berkenaan positif dadah. Namun, Nadzmi menerusi satu sidang media hari ini berkata dia serta adiknya tidak pernah mengambil bahan terlarang tersebut dan juga terdapat kesilapan terhadap ujian air kencing yang dilakukan oleh pihak polis.

Hanya mangsa keadaan

Tujuan Nadzmi membuat sidang media adalah untuk menjelaskan kepada media dan orang ramai bahawa dia serta adiknya tidak bersalah dan hanyalah merupakan mangsa keadaan.

Saya tidak pernah ambil dadah sepanjang 25 tahun ini. Bukan air kencing saya yang positif sebaliknya kawan saya yang mengambil barang terlarang itu.

Dalam situasi ini saya dan adik saya jadi mangsa dan terperangkap. Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku

Kerugian RM80,000

Dalam pada itu, Nadzmi memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam memilih kawan pada masa akan datang. Dia juga mengakui ini merupakan dugaan terhebat dalam hidupnya terutama selepas menjadi artis.

Ini dugaan paling berat buat saya apabila beberapa kontrak iklan dan tawaran sebagai pengacara terpaksa dibatalkan

Setakat ini saya kerugian dianggarkan lebih RM80,000. Saya tahu reputasi saya sebagai artis yang bebas kontroversi juga sedikit tercalar.

Diharapkan pelakon drama Hati Perempuan ini akan lebih berhati-hati dalam soal memilih kawan supaya tidak terjebak dengan perkara seperti ini lagi. Hal ini kerana, perkara seperti akan menyebabkan imejnya tercalar dan boleh meruntuhkan kariernya sebagai seorang artis.

Sumber: Mstar

Most read today

Recommended for you