berita

Politik & Lagu Negaraku, Dua Isu Berbeza – Dina Nadzir

September 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

oh my english-18

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini, kebanyakan pawagam-pawagam di seluruh Malaysia telah mengambil inisiatif untuk sama-sama meraikannya, dengan meminta para penonton berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku sebelum tayangan filem dimulakan.

Mengulas lebih lanjut mengenai inisiatif tersebut, Dina Nadzir yang ditemui di majlis rumah terbuka program Oh My English semalam telah melahirkan rasa gembira dengan usaha itu dan menganggap ianya adalah satu aktiviti menarik yang harus diteruskan pada setiap tahun.

Memandangkan kita pun sedang dalam musim kemerdekaan, jadi rasanya perkara-perkara macam itu adalah satu aktiviti yang sangat bagus dan unik. Seronok juga sebab ramai berpendapat remaja sekarang kebanyakannya kurang rasa patriotik terhadap negara, tambah-tambah lagi negara kita pun baru lepas jalankan proses mengundi.

Jadi, mungkin mereka ada pandangan yang berbeza terhadap kerajaan, jadi dengan perkara asas seperti ini, sedikit sebanyak ia turut dapat menyuntik rasa cintakan tanah air di kalangan golongan muda tersebut.

oh my english-19

Dina Nadzir sokong inisiatif menyanyikan lagu Negaraku di pawagam

Dalam pada itu, penyanyi ini turut berpendapat bahawa aliran politik yang disokong serta sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada setiap tahun adalah dua perkara yang berbeza dan sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan sambutan hari bersejarah tersebut hanya untuk parti politik tertentu sahaja.

Tidak kira ia diperintah oleh kerajaan apa sekalipun, lagu dan bendera negara kita tetap akan sama. Ia tidak akan pernah berubah.

Jadi, apa pun pandangan atau pilihan kita dari segi politik, ia adalah dua perkara yang berbeza. Tapi kalau kena nyanyi lagu Negaraku sebelum tengok wayang itu sememangnya satu perkara yang bagus. Lagipun ia memang sesuai untuk semua rakyat, dalam menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Tahniah!

Beralih kepada perkembangan terbaru, Dina difahamkan baru sahaja melancarkan single terbarunya bersama Adibah Noor berjudul Malaysia Kau Ku Cinta. 

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan video klip terbaru Dina dan Adibah Noor serta beberapa foto menarik penyanyi tersebut sekitar majlis rumah terbuka program Oh My English musim kedua semalam. Jom layan!

SKIP THIS AD ×