berita

‘Port’ Kambing Bakar Terbaik Sekitar Lembah Klang

August 21st, 2017 | by Wan | 6 comments
23.6K
reads
8.7K
shares
Foodies

Sebut sahaja kambing bakar, pasti ramai yang terbayang akan keenakan daging kambing bakar yang didatangkan dengan sos ‘istimewa’. Di sekitar Lembah Klang ini ada banyak kedai yang menjual menu kambing bakar ini.

Berikut kami senaraikan antara ‘port’ kambing bakar yang terbaik wajin korang cuba sekitar Lembah Klang.

Restoran Cik Tri Sahara

Antara restoran yang paling terkenal dengan keenakan kambing bakar. Dulu terletak di Meru, Klang tapi sekarang sudah berpindah ke Setia Taipan 2, Setia Alam Selangor.

Korang pergi lah waktu tengah hari ke, petang ke, setiap masa penuh dengan pelanggan.

Nasi Kukus Sotong Besar

Selain kambing bakar, dekat sini ada juga menu-menu lain yang selalu menjadi pilihan pelanggan. Antaranya nasi kukus sotong besar, nasi kerabu, mee celup, sup tulang dan banyak lagi.

Boleh dikatakan restoran ini merupakan ‘port’ orang-orang Klang kalau nak makan kambing bakar padu.

Alamat :Jalan Harmoni 1A/KU3,kristal klang commercial centre, 41050 Klang

D’Boss Kambing Bakar Berapi

Kambing disini dibakar dengan cara yang unik! Ditambah pula dengan sambal kicap special yang ramai menyebut-nyebut walaupun selepas habis makan, memang puas hati la mengubati rindu anda disini!

Alamat : Restoran Niarasa, 45 Jalan Setia Gemilang BG U13/BG 41050 Setia Alam

House of Kambing

Di House of Kambing ini korang bukan sahaja boleh menikmati hidangan kambing bakar malah dapat juga melihat permandangan, bergambar dan bermain bersama ternakan kambing,unta dan rusa!

Alamat :MAEPS ECOFARM Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor 012-375 7400

Kambing Selambak @ Enjoy’s Corner Taman Melawati

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.